Connect with us

Oh! Media

Kekalahan Dua PRK Merupakan Satu Mesej Jelas Daripada Rakyat – Mukhriz

6032a3e7 4589 40c4 8dca 30bac0e86a0fjpeg

Oh! Negara

Kekalahan Dua PRK Merupakan Satu Mesej Jelas Daripada Rakyat – Mukhriz

Kekalahan Pakatan Harapan, PH pada dua PRK iaitu di Cameron dan malam tadi di Semenyih nampaknya pasti menjadi satu mesej yang jelas daripada rakyat yang sudah mula bosan dengan permainan politik dan hanya ingin melihat hasil.

Hal ini mendapat respon dari Naib Presiden PH, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang melihat kekalahan itu adalah isyarat kepada mereka untuk memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan, yang menyebabkan rakyat menghukum PH pada PRK.

“Kita dah cuba sedaya yang mungkin untuk memberi penerangan dan sebagainya di Semenyih, tapi rakyat lebih tahu apa pilihan mereka dan kita terima keputusan ini dengan hati yang terbuka.

IKLAN

“Selepas ini, di mana-mana bahagian yang kita rasakan ada kesilapan serta kelemahan, itu tentulah kita perlu cuba perbaiki sedaya mungkin.

“Kita anggap ini sebagai satu mesej yang perlu kita hayati sebaik mungkin dan lakukan yang sebaik mungkin selepas ini,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PH di Semenyih dekat sini, hari ini.

Malam tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN), Zakaria Hanafi pada PRK DUN Semenyih, selepas memperoleh 19,780 undi.

Zakaria menang dengan majoriti 1,914 undi menewaskan calon PH, Muhammad Aiman Zainali yang mendapat 17,866 undi; calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Nik Aziz Afiq Abdul (847 undi) dan calon Bebas, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang (725 undi).

Sumber: Berita Harian

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas