Connect with us

Oh! Media

Mierul Aiman Dedah Sikap Zarif Ghazzi Di Set Selepas Dilanda Kontroversi

ohmedia ohmedia featured mierul aiman zarif ghazzi

Trending

Mierul Aiman Dedah Sikap Zarif Ghazzi Di Set Selepas Dilanda Kontroversi

Mierul Aiman puji profesionalisme Zarif Ghazzi yang tetap memberikan komitmen penuh di set penggambaran meskipun berdepan kontroversi.

Pelakon, Mierul Aiman memuji sikap profesional rakan seperjuangannya, Zarif Ghazzi yang disifatkan tetap memberikan komitmen terbaik ketika bekerja meskipun sedang berdepan kemelut kontroversi.

Menurut laporan mStar, Mierul atau nama sebenarnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, berkata, dia sendiri berpeluang bekerja bersama Zarif menerusi sebuah kempen jenama baru-baru ini dan melihat sendiri sikap profesional pelakon tersebut.

Keadaan Zarif Ghazzi selepas dilanda kontroversi?

ohmedia zarif ghazzi

Menurut Mierul, isu peribadi yang sedang dihadapi Zarif langsung tidak menjejaskan prestasinya sepanjang berada di set penggambaran.

IKLAN

Saya sedang menjalani penggambaran bersama dia sekarang untuk sebuah kempen jenama. Apa yang saya nampak, Zarif adalah rakan lakon serta rakan kerja saya dan dia memberikan yang terbaik di dalam set.

Walaupun ada isu peribadi, saya lihat semuanya atas dasar kerja sahaja. Soal peribadi dia memang saya tidak pernah tanya lebih, lagi pula pengurusnya sentiasa berada bersama dan kita hormati bahagian itu.

Alhamdulillah setakat ini dia sangat profesional dan saya rasa sikap profesional itu perlu saya ambil sebagai contoh.

Mierul Aiman pernah tanya apa jadi?

mierul aiman

Dalam masa sama, Mierul menjelaskan dia tidak pernah bertanyakan secara terperinci mengenai kontroversi yang melibatkan Zarif kerana mahu menghormati privasi rakannya itu.

Malah, dia mengakui tidak mempunyai hak untuk memberikan pandangan lebih mendalam berhubung perkara yang sedang berlaku.

Saya faham sesuatu situasi sama ada ringan atau tegang adalah salah satu proses yang kita semua akan lalui bukan sahaja sebagai pelakon, malah sebagai manusia.

Untuk saya melontarkan pendapat lebih mendalam, saya tiada kuasa dalam bahagian itu.

Mengulas lanjut, Mierul turut menyatakan keyakinannya terhadap pihak pengurusan kedua-dua belah pihak serta sistem perundangan negara dalam mengendalikan isu berkenaan.

Saya percaya pengurusan dia melakukan kerja yang terbaik dan menggalas tanggungjawab sebaik mungkin, begitu juga di pihak sana.

Seperti yang kita tahu, kedua-dua pihak sekarang bergerak berlandaskan peraturan dan undang-undang. Saya percaya pada undang-undang negara kita serta pihak penguat kuasa.

Saya berharap pihak berkuasa menjalankan tugas dengan adil supaya keadilan tercapai dan saya mendoakan semua pemain industri termasuk kawan saya sendiri terus kekal cekal menghadapi situasi tegang ini.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri Penulis
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas