Connect with us

Oh! Media

Siapa Sangka Pelakon Dai Fuad Rupanya Bekas Pelajar Masters Jurusan Undang-Undang

Oh! Podcast

Siapa Sangka Pelakon Dai Fuad Rupanya Bekas Pelajar Masters Jurusan Undang-Undang

Kalau korang mengenali Dai Fuad menerusi watak antagonis yang dibawakannya, pernah tak terfikir bagaimana personalitinya apabila kamera berhenti merakam? Adakah dia setegas wataknya, atau sebenarnya ada sisi lain yang jarang penonton dapat lihat?

Susulan sambutan hangat terhadap drama bersiri terhad Kudrat 1968 dalam kalangan peminat francais Projek High Council, Oh! Podcast kali ini menampilkan Dai Fuad, pelakon yang menghidupkan watak Pa. Menerusi perbualan ini, penonton berpeluang mengenalinya dengan lebih dekat, daripada kisah nama pentas sehinggalah pandangannya tentang karya yang dibintangi.

Ramai yang mungkin mempunyai tanggapan tersendiri apabila mendengar nama “Dai”. Namun, nama tersebut sebenarnya berasal daripada Skudai, Johor, tempat kelahirannya. Gelaran yang diberikan oleh rakan-rakan ketika itu akhirnya melekat sehingga menjadi nama pentasnya. Daripada sekadar panggilan sesama kawan, nama tersebut kini menjadi sebahagian daripada identitinya dalam dunia seni.

IKLAN

Di sebalik watak-watak antagonis yang pernah dibawakan, Dai turut mempunyai latar belakang yang mungkin mengejutkan peminat. Beliau pernah mengikuti pengajian peringkat sarjana dalam bidang perundangan dan juga merupakan vokalis kumpulan TIP.

Menerusi perkongsian Dai, penonton berpeluang memahami dengan lebih mendalam sudut pandangnya terhadap Kudrat 1968. Perbincangan ini membuka ruang untuk melihat cerita tersebut melangkaui konflik antara watak dan meneliti persoalan yang dibawanya tentang budaya buli.

Daripada cerita di sebalik nama pentas kepada latar pengajian, muzik dan lakonan, episod ini memperkenalkan sisi Dai Fuad yang mungkin belum dikenali ramai.

Nak tahu apa lagi yang dikongsikan oleh pelakon watak Pa ini? Klik dan tonton episod penuh Oh! Podcast bersama Dai Fuad!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Aqinna B
Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Podcast

Ke Atas