Connect with us

Oh! Media

Saya Maafkan Mereka dan Paling Mustahak, Minta Maaf Pada Rakyat – Rosmah Mansor

Kl01 2 e1552037629661jpg

Oh! Negara

Saya Maafkan Mereka dan Paling Mustahak, Minta Maaf Pada Rakyat – Rosmah Mansor

Berikutan dengan isu cincin merah jambu yang sebelum ini menggemparkan negara yang dikatakan dibeli oleh Rosmah Mansor kini terjawab apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah mengakui cincin merah jambu yang sebelum ini didakwa berharga kira-kira RM24 juta tidak dibeli oleh seorang isteri VVIP dan telah dibawa keluar dari negara ini oleh ejen jualannya.

Dengan pendedahan ini, kelihatan Rosmah Mansor begitu gembira dan bersyukur serta memaafkan mereka yang datang bertemunya untuk memohon maaf.


IKLAN

“Saya maafkan tapi apa yang mustahak minta maaf pada rakyat,” katanya.

“Mereka hendak gunakan isu itu sebagai bahan kempen pilihan raya, malangnya orang percaya kepada fitnah itu tapi kini alhamdulillah benda yang betul sudah keluar.

“Ini baru salah satu je, saya sabar, saya reda, saya faham suami saya merupakan seorang pemimpin negara dan apa yang dia alami, tempiasnya kena kepada saya kerana saya isterinya,” katanya lagi.

+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas