Oh! Tidak
Misteri Kehilangan Tiga Beranak Jadi Tanda Tanya, Mangsa Main Kutu Dakwa Rugi RM25,000
Laporan polis dibuat mangsa kutu dikaitkan dengan seorang wanita yang hilang.
Misteri kehilangan tiga beranak dari kediaman mereka di Bukit Kayu Hitam, Kedah terus menjadi tanda tanya apabila terdapat satu laporan polis yang dikaitkan dengan orang hilang tersebut.
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki mendakwa rugi wang kutu sebanyak RM25,000.
Hutang kutu didakwa jadi punca hilang
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, laporan itu dibuat oleh lelaki berusia 23 tahun.

Kesilapan meletakkan kepercayaan dalam urusan wang akhirnya memakan diri apabila mangsa mendakwa ditipu dalam permainan kutu.
Lelaki berkenaan yang berasa teraniaya terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa selepas usaha menyelesaikan masalah itu menemui jalan buntu.
Setakat ini kita masih mengesan mereka termasuk suami wanita itu yang berusia 39 tahun serta anak mereka yang berusia sembilan tahun yang masih hilang.
Terdahulu, kehilangan tiga beranak ini mula dilaporkan kepada polis selepas bapa gagal menghubungi anak perempuannya, menantu serta cucu.
Kini, polis sedang giat mengesan tiga beranak berkenaan dan turut menyiasat sama ada kehilangan ada kaitan dengan hutang kutu tersebut.

