Connect with us

Oh! Media

Kes Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Di Johor, Polis Dedah Perkembangan Terbaru

Ohmedia polis Pelajar

Oh! Tidak

Kes Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Mangkuk Tandas Di Johor, Polis Dedah Perkembangan Terbaru

Kes bayi baru lahir di Johor disiasat polis selepas sepasang pelajar 19 tahun ditahan bantu siasatan.

Terkini! Polis Johor berkongsi perkembangan kes melibatkan seorang pelajar yang dipercayai baru melahirkan anak di dalam mangkuk tandas sebuah rumah sewa.

Memetik laporan Harian Metro, kes itu terbongkar selepas pihak polis menerima laporan berhubung seorang pelajar berusia 19 tahun yang dimasukkan ke Hospital Enche Besar Hajjah Kalsom, Kluang, Johor.

Pemeriksaan di hospital bawa kepada penemuan mengejutkan

Polis Johor
Kredit foto Harian Metro Najmi Norazam

Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, selepas melahirkan bayi berkenaan, pelajar itu menghubungi gurunya sebelum dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan.

IKLAN

Hasil pemeriksaan doktor mendapati pelajar itu sudah melahirkan seorang bayi selain mendapati terdapat satu lagi bayi perempuan dalam kandungannya.

Pihak polis kemudian menjalankan siasatan lanjut di rumah sewa yang didiami pelajar berkenaan. Pemeriksaan menemukan mayat seorang bayi perempuan di dalam mangkuk tandas.

Bayi 6 Bulan Dibunuh
Sekadar gambar hiasan

Lebih mengejutkan, terdapat beberapa kesan tikaman pada tubuh bayi berkenaan, namun punca sebenar kematian masih belum dipastikan dan masih dalam siasatan.

Polis turut menahan seorang pelajar lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai teman lelaki kepada pelajar perempuan terbabit bagi membantu siasatan.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas