Trending
Founder Kosmetik Dakwa Tertipu Lepas Beli Tanah RM450k Cash, Pihak Penjual Tampil Beri Penjelasan
Isu tanah RM450,000 tular, pihak penjual tampil beri penjelasan berkaitan jalan masuk.
Sebelum ini, tular kisah seorang founder dari Kelantan dikenali sebagai Wan Nur Amirah yang mendakwa membeli tanah bernilai RM450,000 secara tunai, namun berdepan masalah berkaitan akses jalan masuk.
Dakwa Amirah, tanah berkenaan tidak mempunyai laluan masuk seperti yang diharapkan, selain didakwa sebahagian kawasan pagar melibatkan tanah milik orang lain.
Laluan masuk di atas tanah orang lain
Dia mendakwa sudah meminta belas ihsan dan hak sebagai pembeli supaya diberikan jalan masuk ke kawasan tanah tersebut. Namun, penjual dan keluarga dikatakan tidak memberikan kerjasama.
Susulan isu tersebut, seorang wanita dikenali sebagai Ayuii memaklumkan suaminya sudah berhubung dengan Amirah bagi menjelaskan semula keseluruhan perkara.
Menurut Ayuii, penjelasan itu dikongsikan olehnya kerana suaminya tidak mempunyai akaun Threads.

Dalam tangkap layar perbualan WhatsApp yang dikongsikan, pihak suami menjelaskan bahawa setiap lot yang dijual mempunyai jalan masuk dan keluar.

Dalam penjelasan sama, pihak suami turut menyatakan dia tidak mempunyai hak untuk menentukan laluan masuk mengikut lot tanah milik pihak lain.
Katanya, tanah yang dijual adalah seperti yang dimaklumkan kepada ejen iaitu dua lot tanah bersama sebuah rumah dalam pembinaan.
Dia juga mendakwa tidak berada di tapak ketika proses lawatan dibuat, selain tidak dipanggil atau dimaklumkan secara terperinci berhubung perjumpaan tersebut.
Pihak suami turut mendakwa segala dokumen yang diminta oleh ejen telah diberikan, termasuk geran tanah.

Pihak suami turut berharap isu tersebut dapat diteliti berdasarkan keseluruhan fakta sebelum sebarang kesimpulan dibuat.
Katanya, jika terdapat masalah berkaitan isu berkenaan, perkara itu boleh dibawa mengikut saluran yang betul berdasarkan undang-undang sekiranya ada asas untuk sebarang tuntutan.

