Connect with us

Oh! Media

Syed Saddiq Tiba Di Mahkamah Persekutuan, Harap Keadilan Ditegakkan

Ohmedia syed Saddiq Rayuan

Oh! Negara

Syed Saddiq Tiba Di Mahkamah Persekutuan, Harap Keadilan Ditegakkan

Syed Saddiq tiba di Mahkamah Persekutuan bagi keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya.

Syed Saddiq menjadi tumpuan pagi ini selepas hadir ke Mahkamah Persekutuan sekitar jam 8.50 pagi bagi mengetahui keputusan penting berhubung kesnya.

Keputusan hari ini bakal menentukan sama ada Ahli Parlimen Muar itu kekal bebas atau perlu menjalani hukuman penjara atas empat pertuduhan membabitkan dana ARMADA.

Keputusan Syed Saddiq bebas atau tidak ditunggu hari ini

Syed Saddiq 1

Bekas Ketua ARMADA BERSATU itu sebelum ini berdepan pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.

IKLAN

Kes berkenaan sepatutnya diputuskan pada 30 Jun lalu, namun ditangguhkan selepas seorang daripada tiga hakim panel mengambil cuti sakit.

Saya harapkan keadilan untuk kebenaran, bantu doakan.- Katanya.

Beberapa pemimpin turut hadir

Syed Saddiq Bella Astillah

Syed Saddiq turut diiringi beberapa pemimpin politik ketika hadir ke mahkamah.

Antara yang hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh; Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Naib Presiden BERSATU, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Amira Aisya Abd Aziz.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Datuk Seri Abu Bakar Jais, Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Mereka dijangka menyampaikan keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq pada jam 9 pagi.

Pssttt! Apa pun keputusan hari ini, sama-sama kita tunggu proses mahkamah berjalan dengan tertib. Dalam isu besar macam ni, paling penting jangan cepat jatuh hukum sebelum keputusan rasmi dimuktamadkan.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas