Oh! Tidak
“Hutang Kat Jabatan Insolvensi Malaysia Pun Tak Jalan”” – Individu Kena Block Dengan Datuk Red Lepas Minta Hutang RM40k
Individu ini minta isteri baru Datuk Red mengingatkan mengenai hutang yang belum langsai.
Baru-baru ini, satu perkongsian di Threads mencuri perhatian netizen apabila seorang individu meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa dirinya disekat Datuk Red selepas meminta semula hutang berjumlah RM40,000.
Dia turut meluahkan rasa marah dan kecewa mendakwa Datuk Red seolah-olah cuba mengelak daripada berhubung.
“Aku memang doakan kau terseksa time kau mampus nanti”
Dalam hantaran sama, individu itu turut meminta bantuan isteri baru Datuk Red iaitu Rohanita untuk memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya.

Bagaimanapun, setakat ini belum ada penjelasan lanjut daripada Datuk Red berhubung dakwaan berkenaan.
Terdahulu, ahli perniagaan yang kini muflis, Datuk Red, meminta pihak yang mendakwa sudah menjadi mangsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini agar bersabar dan bertenang kerana dia masih berusaha mencari duit.
Pssttt! Kalau benar ada hutang yang belum dilangsaikan, pihak terlibat wajar tampil memberi penjelasan dan mencari jalan penyelesaian secara baik. Dalam masa sama, orang ramai juga diingatkan supaya tidak terus menghukum mana-mana pihak selagi belum ada penjelasan rasmi daripada kedua-dua belah pihak.
Kredit: Thread @af_af0412
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

