Oh! Tidak
Peguam Sahkan Suspek Tikam Pelajar Di Sekolah Adalah OKU
Kes tikam pelajar disiasat polis selepas suspek 15 tahun direman empat hari bagi membantu siasatan.
Seorang pelajau perempuan berusia 15 tahun direman selama empat hari bermula Selasa bagi membantu siasatan kes tikam rakannya di sebuah sekolah di Kuala Langat.
Kes ini sebelum ini mengejutkan warga sekolah apabila seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga dilaporkan cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan pada pagi Isnin.
Suspek direman empat hari

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok. Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi mengesahkan tempoh reman itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.
Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, S Vijeswari Devi turut memaklumkan bahawa suspek merupakan orang kurang upaya.
Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan.- Katanya.
Pekarangan Mahkamah Telok Datok turut menjadi tumpuan petugas media yang menunggu perkembangan terkini berhubung kes tikam pelajar itu. Menurut laporan, kira-kira 20 pengamal media berada di lokasi sejak jam 8.30 pagi.
Mangsa dikejarkan ke hospital

Bagaimanapun, suspek yang juga pelajar sekolah terbabit tidak kelihatan di pekarangan mahkamah. Difahamkan, suspek dibawa masuk ke kawasan mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi menaiki kenderaan polis sebelum dibawa keluar sekitar jam 9 pagi.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi Isnin, mangsa berusia 15 tahun cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Banting untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku. Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar sebelum ini dilaporkan berkata suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Pssttt! Kes macam ini memang berat untuk diterima, lebih-lebih lagi bila melibatkan pelajar sekolah. Apa pun, biarlah siasatan polis berjalan dengan teliti dan semua pihak elak buat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

