Trending
“Saya Benci Ibu Bapa Yang Ungkit Kesusahan Besarkan Anak” – Peguam Sentuh Luahan Abby Abadi Tentang Marissa
Peguam Asiah Abd Jalil tegur isu ibu bapa mengungkit selepas baca luahan Abby Abadi tentang Marissa.
Perkongsian selebriti Abby Abadi mengenai anaknya, Marissa Dania, nampaknya terus mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai termasuk peguam, Asiah Abd Jalil.
BACA: “Takyah Beriya Sangat Nak Tunjuk Macam Bapa Mithali” – Abby Abadi
Menerusi hantaran di Facebook, Asiah berkata dia berasa seperti dejavu apabila membaca luahan hati Abby kerana ia mengingatkannya kepada satu isu yang pernah tular tiga tahun lalu melibatkan posting ibu kepada penyanyi Shila Amzah.
Jiwa keibuan rasa seperti dirobek-robek
Menurut Asiah, postingnya pada hari jadi anak sulung tiga tahun lalu pernah tular bukan kerana kisah dia bergaduh dengan anak perempuannya, tetapi kerana menegur ibu Shila Amzah dalam hantaran tersebut.
Katanya, perasaan sama kembali dirasai apabila membaca perkongsian Abby mengenai Marissa Dania.
Sebagaimana 3 tahun lalu, jiwa keibuan saya rasa seperti dirobek-robek ketika saya baca postings mak Shila Amzah, hari ini juga bila saya baca luahan hati Abby Abadi, jiwa keibuan saya sekali lagi rasa seperti dirobek-robek.
Asiah bagaimanapun menjelaskan rasa marahnya bukan ditujukan kepada Marissa, sebaliknya kepada Abby sebagai seorang ibu.

Dalam hantaran sama, Asiah meluahkan rasa tidak senang terhadap sikap ibu bapa yang mengungkit kesusahan ketika membesarkan anak-anak.
Asiah turut berkongsi peringatan yang sering diberi kepada dirinya sendiri sebagai seorang ibu. Katanya, anak-anak tidak pernah meminta untuk dilahirkan ke dunia, sebaliknya ibu bapa yang memilih untuk melahirkan mereka.
Tambahnya, anak-anak juga tidak boleh memilih siapa ibu dan ayah mereka. Disebabkan itu, ibu bapa tidak sepatutnya mengharapkan anak menjadi sempurna sedangkan mereka sendiri juga tidak sempurna.
Dalam masa sama, Asiah turut menyentuh soal anak-anak yang terpaksa membesar dalam keluarga berpecah belah. Katanya, keputusan ibu bapa untuk berpisah adalah keputusan orang dewasa, namun anak-anak yang perlu menanggung kesannya.
Di akhir perkongsian, Asiah berkata satu hari nanti anak-anak akan dewasa dan mempunyai kehidupan sendiri.
Baginya, sama ada anak-anak mahu mengenang dan membalas jasa ibu bapa atau tidak, perkara paling penting adalah ibu bapa sudah menjalankan tanggungjawab dengan sebaiknya ketika membesarkan mereka.
Pssttt! Perkongsian Asiah ini boleh dijadikan renungan bersama bahawa tanggungjawab membesarkan anak bukan tiket untuk mengungkit, begitu juga anak-anak tidak sepatutnya lupa jasa ibu bapa yang telah berkorban.
Apa pun, semoga isu ini dapat diselesaikan dengan baik dan menjadi pengajaran kepada semua pihak untuk lebih berhati-hati ketika berkongsi hal keluarga di media sosial.
Kredit: Facebook Asiah Jalil
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

