Connect with us

Oh! Media

Influencer ‘French Fries’ Didakwa Live Piala Dunia Di TikTok

Ohmedia influencer fries piala dunia

Oh! Arena

Influencer ‘French Fries’ Didakwa Live Piala Dunia Di TikTok

Seorang influencer tempatan didakwa membuat siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA di TikTok tanpa kebenaran, sehingga mencetuskan teguran netizen.

Seorang influencer yang popular dengan gelaran ‘french fries’ menjadi perhatian netizen selepas didakwa menyiarkan semula siaran langsung perlawanan Piala Dunia FIFA menerusi TikTok tanpa kebenaran.

Isu itu mula dibangkitkan seorang pengguna Threads yang mempersoalkan tindakan berkenaan, lebih-lebih lagi siaran tersebut dikatakan meraih tontonan yang sangat tinggi. Fuh, kalau betul angka tu, memang bukan sikit-sikit ya.

Didakwa live siaran Piala Dunia tanpa lesen

Rtm

Menerusi perkongsian di Threads, pengguna dikenali sebagai Amirrizal memuat naik beberapa tangkap layar yang didakwa menunjukkan siaran langsung tersebut.

IKLAN

Apa yang membuatkan ramai panas hati, RTM disebut sebagai pihak yang memiliki hak penyiaran rasmi kejohanan itu di Malaysia.

RTM beli siaran untuk rakyat Malaysia, dia buat live TikTok share benda ni satu dunia, gara-gara nak kejar view.- Tulisnya.

Menurut perkongsian itu lagi, siaran berkenaan didakwa pernah mencecah lebih 500,000 tontonan secara langsung.

Netizen gesa tindakan diambil

Kredit Foto Threads

Dalam hantaran sama, Amirrizal turut menandakan akaun RTM Malaysia, FIFA dan TikTok bagi menarik perhatian pihak berkaitan.

Rata-rata netizen pula meminta agar tindakan diambil terhadap individu terbabit sekiranya benar siaran itu dibuat tanpa kebenaran.

Moga mereka saman dia. Betul-betul ambil kesempatan.- Tulis seorang pengguna Threads.

Isu ini juga membuka perbincangan tentang hak penyiaran, terutama bila melibatkan kejohanan besar seperti Piala Dunia FIFA yang mempunyai peraturan ketat dari segi siaran dan perkongsian kandungan.

Bukan sekadar kejar view

Kredit Foto Ammar Nazhan

Dalam dunia media sosial sekarang, memang ramai berlumba-lumba nak dapatkan tontonan tinggi. Tapi bila melibatkan kandungan yang mempunyai hak penyiaran, benda macam ni bukan boleh main redah.

Setakat ini, isu tersebut masih berdasarkan dakwaan dan perkongsian netizen. Jadi, elok juga tunggu maklum balas lanjut daripada pihak berkaitan sebelum sebarang kesimpulan dibuat.

Pssttt! Nak buat content biar laju pun, jangan sampai terbabas bab hak siaran. Kadang-kadang sebab nak kejar view, boleh jadi panjang pula cerita belakang. Entah-entah view dapat, saman pun datang sekali.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas