Connect with us

Oh! Media

“Dipercayai Cuba Melarikan Diri” – Polis Siasat Lelaki Rohingya Terbabit Kemalangan Di Padang Jawa

Ohmedia rohingya Kemalangan

Trending

“Dipercayai Cuba Melarikan Diri” – Polis Siasat Lelaki Rohingya Terbabit Kemalangan Di Padang Jawa

Polis kesan lelaki Rohingya terbabit kemalangan di Padang Jawa selepas video kejadian itu tular.

Baru-baru ini tular di media sosial satu rakaman kemalangan jalan raya yang berlaku di Padang Jawa, Seksyen 16, Shah Alam.

Dalam rakaman itu, seorang lelaki etnik Rohingya dipercayai cuba melarikan diri selepas melanggar mangsa.

Wanita dan anak cedera dalam kemalangan

Terkini, pihak polis sedang mengesan lelaki Rohingya terbabit bagi membantu siasatan.

IKLAN

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah memaklumkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 6.50 petang pada Khamis, 25 Jun lalu.

Berdasarkan siasatan awal, kemalangan dipercayai berpunca ketika motosikal yang ditunggang lelaki Rohingya berkenaan membelok ke kanan dari arah Padang Jawa menuju ke sebuah pusat komersial.

Dalam masa sama, sebuah lagi motosikal yang dinaiki seorang wanita tempatan bersama anak lelakinya sedang bergerak lurus dari arah bertentangan sebelum berlaku pelanggaran di bahagian sisi kiri motosikal lelaki tersebut.

Kemalangan menyebabkan wanita berkenaan mengalami kecederaan ringan luka di tangan dan bahu menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Shah Alam. Manakala anaknya luka di kepala dan diberikan rawatan serta pemantauan di wad Hospital Shah Alam selama sehari dan dibenarkan pulang semalam.

Menurut Sarudin, kes kemalangan jalan raya di Padang Jawa itu kini disiasat mengikut seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam masa sama, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan pihak berkuasa dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354.

Pssttt! Bila berlaku kemalangan, perkara paling penting adalah berhenti dan bertanggungjawab. Tindakan melarikan diri bukan sahaja menimbulkan kemarahan orang ramai, malah boleh menyukarkan siasatan polis.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas