Oh! Artis
“Mama Sebenarnya Banyak Buat Give Back” – Anak Noor Kartini Jawab Isu Nasi Ayam RM26
Anak Noor Kartini jelaskan kisah di sebalik nasi ayam Mama Tini RM26 dan usaha ibunya membantu golongan memerlukan.
Anak sulung Datin Noor Kartini tampil berkongsi sisi lain di sebalik jualan nasi ayam Mama Tini yang mengundang kecaman baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Noor Sara Adinna menjelaskan bahawa tujuan ibunya berniaga bukan semata-mata untuk mengejar keuntungan, sebaliknya turut diselitkan dengan usaha membantu golongan memerlukan.
Dakwa Noor Kartini banyak membantu dalam diam

Noor Sara berkata, gerai nasi ayam milik orang Melayu kadangkala sukar mendapat perhatian kerana tenggelam dalam lambakan jenama besar.
Nasi ayam selalunya sinonim dengan restoran Cina. Kalau nak makan, ramai yang risau soal halal atau syubhah. Bila orang Melayu buka gerai atau warung nasi ayam pula, kadang-kadang tak ramai yang perasan, malah dalam Grab pun tenggelam di celah-celah jenama besar.
Menurutnya, perjalanan berniaga itu juga bukanlah jalan mudah sekiranya matlamatnya hanya mahu mengejar kekayaan.
Kalau meniaga semata-mata nak kaya, memang jauh sekali. Ada story yang orang luar tak nampak. Sebab itu guru-guru selalu pesan,“Perbetulkan niat. Pasang banyak niat yang baik.” Kemudian barulah kita berdoa, duduk dalam majlis ilmu, dengar dan faham apa yang dipelajari. Kerana setiap perbuatan bermula dengan niat.
Noor Sara kemudian mendedahkan bahawa ibunya banyak melakukan ‘giveback’ kepada individu yang memerlukan tanpa pengetahuan umum.

Antara yang pernah dibantu termasuk pesakit yang menanggung kos dialisis, kanak-kanak autisme, warga emas uzur, ibu tunggal serta pelajar yang baru melangkah ke kolej.
Baginya, setiap pekerjaan boleh menjadi satu bentuk ibadah sekiranya dimulakan dengan niat yang betul.

Dalam perkongsian sama, Noor Sara berkata, pelanggan yang membeli nasi ayam tersebut bukan sahaja mendapatkan makanan, malah boleh memasang niat untuk membantu dan menyokong perniagaan sesama Muslim.
Dia turut mengajak orang ramai supaya tidak terlalu cepat menilai perjalanan seseorang berdasarkan apa yang dilihat di luar.
Menurutnya, setiap individu mempunyai perjuangan dan kisah masing-masing yang mungkin tidak dikongsikan kepada umum.
Kakak sulung kepada Neelofa ini menutup perkongsiannya dengan menjelaskan bahawa pandangan itu sekadar perspektif peribadi dan diharapkan dapat menjadi asbab kebaikan buat semua.
Sebelum ini, harga nasi ayam yang dijual pada RM26 sebekas mengundang pelbagai reaksi selepas ada netizen menyifatkannya terlalu mahal untuk menu berkenaan.
Ada yang mempersoalkan bahan dan saiz hidangan, namun tidak kurang juga pelanggan yang merasakan harga tersebut masih berbaloi berdasarkan rasa, kualiti serta saiz ayam yang diberikan.
Pssttt! Harga makanan sememangnya terpulang kepada kemampuan dan penilaian setiap pelanggan. Namun, sebelum menghukum, tidak salah untuk mendengar cerita di sebalik sesebuah perniagaan kerana kadangkala ada kebaikan yang dilakukan tanpa perlu dicanang kepada semua.
Kredit: Instagram bysaradinna
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
