Trending
“Itu Hanya Gurauan Dan Usikan” – Pengguna TikTok Mohon Maaf Isu Fitnah Tok Batin Dan Jaslinda
Pengguna TikTok, Anarchy7sky tiada niat untuk menghina mana-mana pihak.
Selepas dikecam susulan kandungan siaran langsung yang didakwa menghina dan menimbulkan prejudis terhadap komuniti Orang Asli, pengguna media sosial dikenali sebagai Anarchy7sky akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
BACA: “Orang Asli Juga Ada Maruah” – Fitnah Simpan Jaslinda, 50 Tok Batin Dan Wakil Komuniti Lapor Polis
Menerusi satu kenyataan, dia mengakui kesilapannya selepas siaran langsung berkenaan menimbulkan salah faham serta mengguris perasaan individu dan komuniti yang terlibat.
Akui kesilapan, mohon maaf secara terbuka
View on Threads
Anarchy7sky berkata, dia merendah diri memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan kata-katanya.
Menurutnya, perkara yang disampaikan dalam siaran langsung itu tidak menggambarkan maksud sebenar yang ingin disampaikan.
Dakwa hanya bergurau bersama netizen
Dalam penjelasan sama, Anarchy7sky menafikan niat untuk memfitnah atau menghina mana-mana individu.
Sebaliknya, dia mendakwa kata-kata tersebut sekadar gurauan dan usikan bersama netizen ketika sedang melakukan siaran langsung.
Dia turut menjelaskan bahawa sebahagian perkataan yang disebut ketika siaran langsung itu hanyalah bacaan daripada komen pengguna media sosial.
Permohonan maaf itu dibuat selepas tular dakwaan kononnya pendaki wanita, Jaslinda Saludin, telah ‘disimpan’ oleh tok batin sepanjang tempoh kehilangannya.
Dakwaan tersebut turut mengaitkan Tok Batin Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu, Mohd Asmmadi Abdullah, yang terlibat dalam operasi pencarian Jaslinda di kawasan Gunung Batu Putih.
Susulan itu, kira-kira 50 tok batin dan wakil masyarakat Orang Asli dari Batang Padang, Muallim serta Kinta membuat laporan polis bagi membantah dakwaan yang dianggap menghina institusi kebatinan dan seluruh komuniti Orang Asli.
Selain tok batin, suami Jaslinda juga dikatakan akan mengambil tindakan undang-undang.
Pssttt! Permohonan maaf merupakan langkah yang baik, tetapi setiap kata-kata di media sosial tetap ada kesannya. Gurauan yang dianggap ringan oleh seseorang boleh mencalar maruah individu dan seluruh komuniti, jadi fikir dahulu sebelum bercakap demi meraih tontonan.
Kredit: TikTok anarchy7sky
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
