Oh! Tidak
Flat Haram Rohingya Di Hulu Langat Pernah Diserbu
Flat haram Rohingya di Hulu Langat pernah diserbu pihak berkuasa, 45 warga asing ditahan pada Februari tahun lalu.
Isu sebuah flat haram Rohingya di Kampung Kenangan, Hulu Langat nampaknya makin jadi perhatian ramai selepas video premis itu tular di media sosial.
Bukan sahaja keadaan bangunan itu mencetuskan persoalan, malah timbul juga dakwaan kononnya premis berkenaan menjadi kediaman pelarian Rohingya sehingga mengundang pelbagai reaksi warganet.
BACA: Pak Azad Terjumpa ‘Flat’ Empat Tingkat Didakwa Dibina Rohingya Di Hulu Langat
Flat Haram pernah diserbu pihak berkuasa

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, premis berkenaan sebenarnya pernah diserbu dalam satu operasi bersepadu pada Februari tahun lalu.
Menurut beliau, seramai 45 warga asing ditahan dalam serbuan itu. Mereka terdiri daripada 35 lelaki, tiga wanita dan empat kanak-kanak.
Kesemua tangkapan disiasat oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di bawah Seksyen 51(3)(a) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan ditahan di bawah Seksyen 51(5)(b) akta yang sama.- Katanya.
Lelaki tempatan turut dikenakan tindakan

Naazron berkata, seorang lelaki tempatan yang mengaku sebagai anak kepada pemilik rumah turut dikenakan tindakan ketika operasi dijalankan.
Jelasnya, satu Borang IMM 29 iaitu Saman Kepada Saksi dan satu Borang Geledah Seksyen 51(1) Akta Imigresen 1959/63 telah dikeluarkan kepada lelaki berkenaan di lokasi.
Beliau turut memaklumkan kediaman itu kini didakwa didiami oleh dua keluarga, iaitu pemilik premis dan penyewa warga tempatan.
Pssttt! Dalam isu macam ini, memang mudah untuk orang ramai buat andaian bila video sudah tular. Tapi sebaiknya kita tunggu kenyataan rasmi pihak berkuasa supaya fakta lebih jelas. Apa pun, isu premis haram dan keselamatan penduduk memang bukan benda kecil, harapnya tindakan lanjut dapat dibuat dengan telus dan cepat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
