Connect with us

Oh! Media

“Suspek Positif Dadah, Ada 15 Rekod Kesalahan Dadah” – Pemandu Triton Oren Direman Empat Hari

Ohmedia pemandu Triton

Trending

“Suspek Positif Dadah, Ada 15 Rekod Kesalahan Dadah” – Pemandu Triton Oren Direman Empat Hari

Pemeriksaan dalam beg sandang pemandu Triton menemui satu paket lutsinar mengandungi dadah.

Tular di media sosial semalam rakaman video menunjukkan sebuah Mitsubishi Triton berwarna oren dipandu secara melulu dan merbahaya di sekitar Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Tindakan pemandu tersebut telah menyebabkan beberapa buah kereta mengalami kerosakan. Pemandunya yang berusia 29 tahun akhirnya berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Dadah ditemukan dalam beg silang suspek

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, siasatan awal mendapati terdapat satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah dalam beg silang yang disandangnya.

IKLAN
Triton Laju
Kredit foto Harian Metro

Hasil saringan air kencing yang dijalankan juga mendapati suspek positif dadah termasuk mempunyai 15 rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan dua rekod jenayah.

Suspek kemudiannya berjaya ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis yang pemeriksaan lanjut terhadap beg silang disandang pada badan suspek menemukan satu paket plastik lutsinar mengandungi dadah jenis methampetamine seberat 0.75 gram(g) dan 2.38g dadah jenis ketamin.

Suspek kemudiannya dibawa ke mahkamah dan direman selama empat hari bermula hari ini hingga Jumaat. Perintah reman terhadap lelaki tempatan itu dikeluarkan Majistret J Savinder Singh bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah sehingga menyebabkan kemalangan.

Pssttt! Tindakan memandu dalam keadaan tidak terkawal boleh membahayakan ramai pihak, terutama pengguna jalan raya yang langsung tidak bersalah. Nasib baik orang awam bertindak pantas menahan suspek sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas