Oh! Tidak
Dah Macam Duduk Dalam Carseat! Pasangan Buat Aksi Manja Dalam Kereta Disiasat
JPJ bakal keluarkan saman terhadap pemandu dan penumpang terbabit.
Bila dah berada atas jalan raya, fokus pemanduan dan keselamatan tetap perlu jadi keutamaan. Namun, satu aksi pasangan dalam kereta yang tular baru-baru ini mencetuskan rasa kurang senang ramai pihak.
Mana tidaknya, wanita dalam kenderaan tersebut didakwa tidak memakai tali pinggang keledar selain berada dalam posisi berbahaya ketika kereta sedang dipandu.
JPJ bakal ambil tindakan
Susulan video yang tersebar di Threads itu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan pihaknya sedang menyiasat kejadian berkenaan.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Kanan Penguat kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, tindakan akan dikenakan terhadap individu yang terlibat selepas siasatan selesai.
Tindakan akan diambil terhadap pemandu dan penumpang kereta terbabit. Siasatan masih berjalan dan selepas selesai kita akan mengeluarkan saman kepada mereka.
Difahamkan, rakaman yang tular itu memaparkan pasangan berkenaan berada dalam sebuah kereta, dengan wanita tersebut dilihat melakukan aksi manja sambil duduk menghadap pemandu.
Keadaan menjadi lebih mencuri perhatian apabila wanita itu turut dilihat bersandar pada papan pemuka kereta, sekali gus mengundang kecaman netizen yang menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar dan membahayakan.
Ramai yang menegur bahawa tindakan seperti itu bukan sahaja boleh mengganggu tumpuan pemandu, malah berisiko mencetuskan situasi bahaya sekiranya berlaku kecemasan di jalan raya.
Pssttt! Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat semua agar lebih bertanggungjawab ketika berada di dalam kenderaan. Jangan kerana mahu ikut perasaan, keselamatan diri dan orang lain pula jadi taruhan.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.