Connect with us

Oh! Media

Anwar Ibrahim Umum Kerajaan Kekalkan Pemberian Baucar Buku RM100

Ohmedia anwar ibrahim

Oh! Negara

Anwar Ibrahim Umum Kerajaan Kekalkan Pemberian Baucar Buku RM100

Baucar buku RM100 diteruskan untuk pelajar sekolah menengah dan IPTA sempena PBAKL 2026 di WTCKL.

Baucar buku RM100 untuk pelajar sekolah menengah dan penuntut Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) masih diteruskan tahun ini. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 hari ini.

Menurut laporan Bernama, baucar buku itu boleh digunakan sepanjang PBAKL 2026 yang berlangsung selama 10 hari bermula hari ini sehingga 7 Jun di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL). Jadi korang yang dah lama tunggu peluang beli buku dengan harga lebih murah, inilah masanya.

Baucar buku boleh terus digunakan

Kredit Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar menjelaskan bantuan RM100 itu kini disalurkan secara terus kepada penerima bagi memudahkan proses pembelian buku semasa pesta berlangsung.

IKLAN

Bantuan RM100 yang diberikan sejak beberapa tahun lepas, kini disalurkan secara terus. Jadi, apabila anda membeli buku, anda akan menikmati diskaun tersebut.- Katanya.

Kredit Foto Facebook Anwar Ibrahim

Dalam masa sama, beliau turut mengingatkan ibu bapa supaya memastikan baucar buku itu digunakan sebaiknya oleh anak-anak untuk membeli bahan bacaan berkualiti dan bukannya dibiarkan begitu sahaja.

Walaupun kerajaan sedang melaksanakan langkah penjimatan dalam beberapa sektor, Anwar menegaskan aspek pendidikan dan pembudayaan ilmu masih menjadi keutamaan negara.

Menurut beliau, semua kementerian dan agensi kerajaan juga telah diarahkan mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu demi memastikan ekonomi negara terus kekal stabil dan kukuh.

Pssttt! Ohmedia nasihatkan korang yang dapat baucar buku RM100 ni jangan lepaskan peluang beli buku yang betul-betul bermanfaat. Kadang-kadang satu buku boleh ubah cara fikir dan masa depan seseorang.

Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas