Connect with us

Oh! Media

Pak Nil Dedah Pernah Jadi Perokok Tegar, Berhenti Demi Anak-Anak

Ohmedia pak nil

Oh! Artis

Pak Nil Dedah Pernah Jadi Perokok Tegar, Berhenti Demi Anak-Anak

Pak Nil kongsi pengalaman berhenti merokok sejak 21 tahun lalu demi keluarga dan kesihatan diri.

Pengacara terkenal, Aznil Nawawi berkongsi pengalaman peribadinya sebagai bekas perokok tegar ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah melontar jamrah di Mina sempena musim haji.

Menerusi perkongsian di Threads, Pak Nil berkata simbolik melontar jamrah bukan sekadar ibadah semata-mata, tetapi juga boleh dijadikan sebagai peringatan untuk membuang segala tabiat buruk dalam diri.

Melontar jamrah jadi simbolik buang tabiat buruk

Kredit Foto Aznil Nawawi

Menurut Pak Nil, setiap orang pasti ada kelemahan atau perangai buruk yang cuba ditinggalkan demi menjadi insan lebih baik.

IKLAN

Hari ini adalah hari melontar di Mina. Simboliknya, melontar perangai buruk dalam diri kita yang kita nak lontar jauh. Kongsikan perangai buruk korang.

Kalau saya merokok. Ya, Pak Nil dulu perokok tegar. Dah lontar jauh 21 tahun yang lalu.- Kongsinya.

Perkongsian itu terus menarik perhatian ramai netizen yang kagum dengan perubahan dibuat pengacara terkenal tersebut selepas berjaya meninggalkan rokok sejak lebih dua dekad lalu.

Rahsia Pak Nil kekal berhenti merokok

Kredit Threads

Pak Nil turut mengakui dia sentiasa menjadikan keluarga dan anak-anak sebagai kekuatan utama untuk terus menjauhi rokok.

Pandang muka anak. Bersedia ke mereka untuk hilang papa dia sebab sakit paru-paru.- Katanya.

Rata-rata netizen memuji kejujuran Pak Nil selain menganggap nasihat diberikan cukup menyentuh hati dan boleh dijadikan inspirasi buat mereka yang masih berjuang untuk berhenti merokok.

Sebelum ini, Pak Nil turut menjadi perhatian ramai apabila berjaya mengumpul dana sebanyak RM137,127.90 dalam tempoh lebih 50 jam untuk membantu kos rawatan anak kepada pelakon Amyza Aznan yang menghidap kanser tulang.

Pssttt! Kadang-kadang benda paling susah nak buang bukan benda besar pun, tapi tabiat yang dah lama sebati dalam hidup kita. Kalau korang tengah cuba berubah ke arah lebih baik, mulakan perlahan-lahan dan ingat orang tersayang yang sentiasa ada dekat sisi.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas