Connect with us

Oh! Media

Kes Guru Di Johor: Menteri Pendidikan Serah Kepada PDRM, Mangsa Dilindungi JKM

Ohmedia fadhlina Sidek

Trending

Kes Guru Di Johor: Menteri Pendidikan Serah Kepada PDRM, Mangsa Dilindungi JKM

Fadhlina sahkan guru kini direhatkan serta merta sementara PDRM membuat siasatan.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek memaklumkan kes melibatkan seorang guru di Johor kini sudah diambil alih sepenuhnya oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Perkara itu dikongsikan beliau menerusi hantaran di Facebook selepas sebelum ini menegaskan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak akan berkompromi dalam kes melibatkan keselamatan murid.

Individu terbabit sudah ditahan

Menurut Fadhlina, individu berkenaan telah ditahan pihak berkuasa manakala murid terbabit kini berada di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

IKLAN
fadhlina sidek
Kredit Facebook Fadlina Sidek

Sebelum ini, Fadhlina turut memaklumkan guru terbabit sudah direhatkan serta-merta sementara siasatan dijalankan.

Kredit Facebook Fadlina Sidek

Dalam hantaran sama, beliau menegaskan siasatan dalaman di peringkat KPM tetap diteruskan walaupun kes berkenaan kini berada dalam tindakan PDRM.

Fadhlina turut menyeru orang ramai supaya tampil membuat laporan sekiranya mempunyai maklumat berkaitan dakwaan kesalahan seksual.

Terdahulu, mStar melaporkan bekas guru iaitu Mohd Fadli Salleh membangkitkan satu dakwaan serius membabitkan seorang guru sekolah rendah di Johor yang dikatakan kembali mengajar walaupun pernah dikaitkan dengan kes salah laku terhadap murid Tahun 6.

Dalam hantaran itu, Mohd Fadli mendakwa kes berkenaan bukan sahaja sudah mempunyai laporan polis sejak November 2025, tetapi guru terbabit didakwa masih kembali mengajar seperti biasa di sekolah rendah.

Beliau turut mendakwa aduan melalui SisPAA pernah dibuat, namun tindakan terhadap guru berkenaan dipersoalkan apabila individu itu dikatakan hanya ditempatkan sementara di PPD sebelum kembali ke sekolah pada sesi persekolahan tahun ini. 

Pssttt! Semoga siasatan berjalan dengan telus dan tindakan sewajarnya diambil jika terdapat sebarang kesalahan. Dalam masa sama, masyarakat juga kena berani tampil melapor sekiranya tahu sesuatu yang boleh membantu melindungi kanak-kanak.

Kredit: Facebook Fadlina Sidek
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas