Connect with us

Oh! Media

Anak Selesa, Rumah Pun Bersih! Ini Rahsia ‘Power Duo’ Untuk Ibu Bapa Moden, Siap Boleh Jana Pendapatan Sampingan!

Branded

Anak Selesa, Rumah Pun Bersih! Ini Rahsia ‘Power Duo’ Untuk Ibu Bapa Moden, Siap Boleh Jana Pendapatan Sampingan!

Zaman sekarang ni, rutin keibubapaan dah tak sama macam dulu lagi dah. Bukan sekadar tukar lampin atau memasak di dapur atau mengemas rumah. 

Kalau korang perhatikan betul-betul di media sosial, kami yakin korang mesti perasan ada banyak kandungan “A Day In My Life” sebagai ibu bapa, yang bukan saja menghiburkan tapi ada banyak juga tips berguna yang dikongsikan. 

Persoalannya, ada tak ruang dan peluang buat ibu bapa yang sering mencipta kandungan sedemikian menjadi sesuatu yang lebih bermakna terutama sekali untuk kebaikan bayi dan rumah tangga?


Inisiatif Yang Bijak, Drypers & Vinda Perkenal Parent-prenuers: The Power Duo

Memahami situasi ini, kolaborasi antara dua jenama besar, Drypers dan Vinda sebenarnya hadir pada waktu yang sangat tepat tau. Kenapa? 

Kolaborasi ini mencerminkan maklum balas yang lebih luas terhadap perubahan landskap keibubapaan masa kini, di mana penjagaan bayi, rutin rumah tangga, pengaruh cetusan pencipta kandungan, dan peluang menjana pendapatan praktikal kini saling berkait rapat. 

Dengan menggabungkan kepakaran Drypers dalam penjagaan bayi dan Vinda dalam solusi kebersihan rumah, inisiatif Parent-preneurs: The Power Duo bukan sekadar kempen biasa, malah ia adalah satu sistem sokongan yang cukup praktikal buat ibu bapa. Macam mana?

Kalau korang “chronically online”, korang akan perasan yang sekarang ini ramai ibu bapa lebih terbuka untuk cipta kandungan berkenaan tips perkongsian, pengalaman membesarkan anak serta penyelesaian masalah harian yang sering dihadapi oleh ‘new parents’.

Sejujurnya, kandungan macam inilah yang sewajarnya disokong sebab ia membawa impak yang cukup besar terutama dalam membina komuniti sokongan digital. 

Jadi, menerusi inisiatif Parent-preneurs: The Power Duo, ia secara tak langsung dapat membuka ruang buat ibu bapa menjadi lebih kreatif dengan memberi platform kepada mereka untuk berubah daripada sekadar pengguna kepada pencipta kandungan tau. 

Paling penting, ia juga dapat memperkasakan ekonomi keluarga dengan memberi peluang kepada ibu bapa untuk jana pendapatan sampingan dengan berkongsi pengalaman jujur menggunakan kedua-dua produk ini. 

Inovasi Produk Khas Untuk Ibu Bapa Moden

Bayangkan sinergi antara kedua-dua produk ini dapat membantu ibu bapa yang mahukan penjagaan terbaik untuk bayi mereka, dalam masa sama memerlukan penyelesaian praktikal bagi menguruskan kesibukan berkeluarga. 

Kalau korang nak tahu, produk dapur Vinda diperbuat daripada pulpa asli 100%, manakala produk Drypers menggunakan bahan selamat yang memenuhi piawaian keselamatan EU serta bebas daripada bahan bahaya tau! 

Drypers Wee Wee Dry (Baharu dan Dipertingkat)

– Getah pinggang fleksibel untuk padanan selesa dan lembut pada kulit bayi

– Double Leakguard yang dipertingkatkan untuk perlindungan kebocoran maksima

– Poo Pocket dengan perlindungan kebocoran tambahan untuk najis lembut bayi baru lahir dalam saiz yang terpilih

Tisu Dapur Basah Vinda Deluxe

– Menanggalkan minyak dan gris dengan lebih efektif

– Boleh dibilas sehingga 8 kali

– Diuji secara dermatologi dan bebas alkohol

– Lembut pada kulit dan sesuai untuk permukaan seperti keluli tahan karat

Tisu Dapur Vinda Deluxe 

– 3 kali serapan minyak

– Diperbuat daripada 100% Virgin Pulp

– Tanpa tambahan kimia berbahaya seperti agen pencerah optik atau pendarfluor

Secara keseluruhan, inovasi produk ini mencerminkan matlamat yang lebih besar, iaitu memberikan sokongan praktikal yang membantu meringankan beban harian dan memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa di rumah.

Jadi, buat ibu bapa diluar sana, kalau korang inginkan rutin harian lebih dipermudahkan, jangan lupa untuk dapatkan kedua-dua Drypers dan Vinda okay?

Pada masa yang sama, kalau korang suka cipta kandungan, berkongsi tips kepada ibu bapa yang lain, jangan lupa untuk sertai inisiatif Parent-preneurs: The Power Duo ni tau! Ikuti saja TikTok link ini, https://vt.tiktok.com/ZS9F2sTVUEvFV-ukgPA/

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ahmad Zakwan
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas