Connect with us

Oh! Media

Nora Danish Akui Hubungan Dengan Mickey Ayo Tak Dapat Diteruskan Dan Perjelas Sebabnya

Nora Danish

Trending

Nora Danish Akui Hubungan Dengan Mickey Ayo Tak Dapat Diteruskan Dan Perjelas Sebabnya

Nora Danish akui hubungan dengan Mickey Ayo terhenti.

Pelakon popular, Nora Danish mengakui hubungan mesranya dengan seorang perunding kewangan dikenali sebagai Mickey Ayo tidak dapat diteruskan dan kini hanya kekal sebagai kawan.

Menurut laporan Kosmo, Nora berkata keputusan tersebut dibuat secara matang dan tanpa sebarang konflik antara mereka.

Saya masih solo dan tidak mempunyai kekasih. Sebelum ini mungkin ada fasa mengenali hati budi seseorang, tetapi kami ambil keputusan untuk bawa haluan masing-masing.

Tak serasi dan masing-masing sibuk

Nora Danish

Nora menjelaskan, antara punca utama hubungan itu tidak diteruskan adalah disebabkan ketidaksefahaman serta komitmen kerja masing-masing.

IKLAN

Keputusan ini dibuat kerana masing-masing sibuk selain faktor ketidaksefahaman dari pelbagai segi. Ini adalah jalan terbaik untuk kami.

Hubungan Nora Danish dengan bekas suami kekal baik

Ohmedia nora Danish Nafi Suami

Dalam masa sama, Nora menegaskan bahawa keputusan tersebut tidak ada kaitan dengan bekas suaminya.

Malah, dia bersyukur kerana masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas pasangan demi kebahagiaan anak-anak mereka.

Saya sangat selesa dengan hubungan sekarang bersama bekas-bekas suami. Kami bersahabat selain sama-sama memastikan kesejahteraan anak terjaga.

Ditanya mengenai kemungkinan kembali bersama bekas suaminya, Nora tidak menolak sepenuhnya namun mengakui mereka kini lebih selesa dengan hubungan sebagai sahabat.

Jika orang mengharapkan kami kembali bersama (rujuk), saya rasa buat masa ini kami lebih bahagia dengan cara begini.

Pssttt! Dalam hubungan, keserasian itu penting. Jika tak sehaluan, berpisah secara baik kadang-kadang adalah pilihan terbaik untuk semua pihak.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas