Trending
PDRM Kerjasama Dengan Interpol Untuk Buru Pengasas eHATI Dan Suami
PDRM dan Interpol buru pengasas eHATI yang melarikan diri ke luar negara.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak dan menangkap pengasas program eHATI bersama suaminya yang dipercayai berada di luar negara.
Menurut laporan Kosmo, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar memaklumkan, segala perkembangan mengenai tangkapan akan disalurkan melalui pihak Interpol.
Individu-individu yang sedang dicari masih lagi belum ditemui dan kita percaya masih berada di luar Malaysia.
Sudah ada waran tangkap pengasas eHATI

Difahamkan, pasangan tersebut melarikan diri menggunakan laluan sah pada 13 Oktober tahun lalu, iaitu sehari sebelum pertuduhan mahkamah dilakukan terhadap mereka.
Malah, mereka kini dipercayai berada di sebuah negara di Asia Tenggara.
Tindakan yang sewajarnya telah diambil oleh PDRM untuk memastikan sekiranya dapat dikesan di negara-negara yang berkaitan, tangkapan dapat dijalankan.
95 individu dipanggil, ada dakwaan aktiviti tidak senonoh

Siasatan sebelum ini turut mendedahkan bahawa seramai 95 individu telah dipanggil memberi keterangan berhubung program motivasi rumah tangga yang dianjurkan.
Lebih mengejutkan, terdapat dakwaan adegan bogel dalam acara ‘Queen’s Night’ melibatkan empat fasilitator program tersebut.
Pssttt! Apa jua program atau aktiviti, pastikan ia selari dengan undang-undang dan nilai moral. Jangan mudah terpedaya dengan janji yang melampaui batas.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM