Trending
“Dari Awal Kami Dah Di Dalam Kebakaran Api Rumah, Tapi Maaf Tak Bawa Telefon Buat Live” – Bomba
Anggota maafkan penduduk kampung hina bomba macam israel.
Sebelum ini, Oh! Media pernah melaporkan bagaimana anggota bomba dicemuh dan dianggap tidak berguna ketika sedang berusaha memadam kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan.
BACA: Bomba Tak Ambil Hati Dicemuh Tak Berguna Ketika Padam Kebakaran Di Sandakan
Malah, ada yang menjerit meminta mereka beredar dari lokasi kejadian walaupun mereka sedang bertarung dengan api yang marak.
“Kami tak perlu pujian, cukuplah dapat jalankan tugas”
Namun menurut pihak bomba, situasi itu bukan sesuatu yang asing dan mereka memahami emosi mangsa yang sedang tertekan.
Dalam perkongsian terbaru ini, anggota bomba tampil menjelaskan bahawa mereka sebenarnya sudah mengerah segala tenaga untuk menyelamatkan keadaan.

Mereka juga memaklumkan tidak mengambil hati dengan kata-kata kesat seperti ‘tak berguna’, ‘jahannam’ dan sebagainya malah memilih untuk memaafkan kerana memahami keadaan ketika itu.
Berdepan kekangan, bukan tak usaha
Menurut mereka lagi, pelbagai cabaran dihadapi termasuk akses air yang terhad dan penggunaan peralatan yang sudah mencapai had maksimum.

Apa yang lebih menyentuh hati, mereka juga menjelaskan tidak sempat merakam apa-apa kerana fokus sepenuhnya untuk menyelamatkan rumah dan nyawa.

Dalam kejadian tersebut, hampir 1,000 rumah dilaporkan musnah dalam kebakaran besar yang berlaku sekitar awal pagi.
Situasi menjadi lebih sukar apabila laluan sempit menyukarkan pergerakan jentera bomba untuk masuk ke kawasan terjejas.
Namun di sebalik semua itu, anggota bomba tetap menjalankan tugas walaupun berdepan risiko tinggi dan tekanan dari orang ramai.
Pssttt! Kadang-kadang kita cepat menilai tanpa tahu apa yang sebenarnya berlaku di lapangan. Apa yang dikongsikan ini membuka mata tentang pengorbanan anggota bomba yang bertarung nyawa demi orang lain. Mungkin sudah tiba masanya kita lebih menghargai dan memahami mereka, bukan terus menghukum ketika emosi menguasai keadaan.
Kredit: Facebook JEFF RKS
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM