Oh! Tidak
Tular Video Penunggang Motosikal Dibelasah Di Kulim, Netizen Luah Rasa Berang
Video tular dakwa anggota pukul penunggang motor di Kulim undang persoalan netizen.
Kecoh di media sosial apabila satu video memaparkan tindakan sekumpulan lelaki membelasah seorang penunggang motosikal di Kulim, Kedah.
Lebih mengejutkan, dalam rakaman tersebut, mangsa bukan sahaja direbahkan ke tanah, malah turut dipijak di bahagian kepala sehingga mencetuskan rasa tidak puas hati netizen.
Mangsa direbahkan, dipijak di tepi jalan
Menerusi video berdurasi sekitar 30 saat itu, kelihatan beberapa lelaki berpakaian gelap menghampiri seorang penunggang motosikal yang berada di kawasan kaki lima berhampiran deretan kedai.
Situasi bertukar tegang apabila motosikal mangsa dijatuhkan sebelum individu tersebut direbahkan ke tanah.
Salah seorang lelaki kemudian dilihat memijak bahagian kepala mangsa, manakala yang lain berdiri mengelilingi lokasi kejadian.

Kejadian dipercayai berlaku di tepi jalan utama dan turut disaksikan oleh orang awam yang berada berhampiran.
Perkongsian asal menyebut individu terlibat didakwa merupakan anggota dengan kapsyen menyebut “42 ka 43 ka 44”, namun sehingga kini belum ada sebarang pengesahan rasmi mengenai identiti mereka.
Namun begitu, semua dakwaan ini masih belum disahkan oleh mana-mana pihak berkuasa.
Pssttt! Jika benar berlaku salah laku, tindakan tegas perlu diambil. Tapi kalau sebaliknya, janganlah kita cepat menghukum tanpa fakta yang jelas.
Kredit: Facebook Zulhilmie Emy
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM