Oh! Islam
Ahli Jawatankuasa Fatwa Jawab Hukum Wanita Muslimah Sertai Misi GSF 2.0
Penyertaan wanita muslimah dalam misi kemanusiaan dibenarkan dengan syarat tertentu menurut hukum syarak.
Isu penyertaan wanita muslimah dalam misi kemanusiaan jadi persoalan baru-baru ini, terutama melibatkan Global Sumud Flotilla 2.0 yang kini menuju ke Gaza. Ramai yang tertanya, apa sebenarnya hukum dan garis panduan dari sudut Islam?
Menurut Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak, Prof Dr Azmil Zainal Abidin, penyertaan wanita muslimah dalam misi seperti ini adalah harus, namun perlu mematuhi beberapa syarat penting agar tidak melanggar hukum syarak.
Wanita boleh sertai GSF 2.0 dan misi kemanusiaan, tapi bukan wajib

Secara asasnya, penglibatan wanita muslimah dalam misi ini bukan satu kewajipan. Namun, ia dibenarkan kerana misi tersebut lebih kepada bantuan kemanusiaan, bukan melibatkan peperangan atau jihad bersenjata.
Wanita muslimah yang ingin menyertainya perlu memastikan jaminan keselamatan, mematuhi batas hukum syariat serta mempunyai peranan yang jelas dan bermanfaat.- Katanya.
Bagi wanita yang sudah berkahwin, mereka juga perlu mendapatkan keizinan suami terlebih dahulu. Ini kerana tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tetap menjadi keutamaan dalam kehidupan.
Islam tetapkan garis panduan ikut fitrah wanita

Menurut Azmil lagi, Islam tidak pernah menindas wanita, sebaliknya setiap syarat yang ditetapkan adalah selari dengan fitrah dan tanggungjawab mereka. Dalam dunia moden yang semakin kompleks, pertimbangan hukum perlu dibuat dengan lebih teliti.
Tafsiran sebenar tentang wanita muslimah dan peranannya menurut perspektif Islam juga amat mendesak diketengahkan agar mereka tidak tersasar dari agama akibat tafsiran songsang dan mesra liberal.- Katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa penglibatan wanita dalam misi kebajikan dan solidariti seperti membantu Palestin adalah sesuatu yang digalakkan dan dipuji.
Jaga aurat dan adab sepanjang misi

Walaupun dibenarkan, peserta wanita muslimah tetap perlu menjaga batas aurat dan adab pergaulan dengan lelaki ajnabi sepanjang menyertai misi tersebut. Ini penting supaya segala usaha kebajikan dilakukan tidak bercanggah dengan syariat.
Untuk info, GSF 2.0 telah memulakan pelayaran dari Barcelona menuju ke Gaza dengan lebih 80 kapal dan sekitar 1,000 peserta dari seluruh dunia. Misi ini bertujuan memecahkan kepungan Israel serta menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin.
Pssttt! Kalau niat nak bantu itu baik, tapi jangan lupa setiap langkah kena ikut garis panduan yang betul. Buatlah kebaikan dengan ilmu supaya bukan saja bantu orang lain, tapi juga jaga diri sendiri.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM