Trending
”Saya Simpan Benih Di Hospital” – Datuk Seri Vida Dedah Sukar Maafkan Iqbal Buat Ramai Tergamam
Datuk Seri Vida dedah simpan ‘benih’ demi kahwin dengan Iqbal Zulkefli, namun hasrat tak kesampaian.
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida akhirnya membuka cerita sebenar hubungannya dengan bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli.
Menerusi Threads, satu sesi siaran langsung menunjukkan Vida mengakui dirinya masih belum mampu memaafkan Iqbal atas apa yang berlaku antara mereka.
Pengorbanan besar yang mengejutkan ramai
View on Threads
Lebih mengejutkan, Vida turut mendedahkan bahawa dia pernah membuat pengorbanan besar ketika merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Iqbal.
Disebabkan masa tu saya muda lagi, saya telah simpan benih untuk disenyawakan dalam hospital tapi tak jadi kahwin. Saya minum pamoga.
“Saya tanggung bertahun-tahun…” – Datuk Seri Vida

Menurut Vida, perkara itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilupakan kerana dia terpaksa menanggung kos dan emosi sepanjang tempoh tersebut.
Bagaimana saya nak maafkan, saya ‘pelihara’ (simpan) benih saya tu selama bertahun-tahun.
Setiap bulan berapa saya nak tanggung benih saya yang ada dalam hospital tu. Bulan-bulan saya bayar wang, macam mana saya tak marah?
Untuk rekod, hubungan Vida dan Iqbal sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai, malah mereka pernah merancang untuk berkahwin.
Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian dan kisah mereka kini tinggal kenangan yang masih meninggalkan kesan mendalam buat Vida.
Pssttt! Dalam hubungan, pengorbanan perlu dihargai. Jangan biar janji yang tidak ditepati meninggalkan luka yang sukar sembuh.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 22 hours ago