Connect with us

Oh! Media

“Semoga Karma Ada Untuk Yang Menabur Fitnah” – Adik Que Haidar Bersuara

Ohmedia adik Que Dayangku Nazeera

Oh! Artis

“Semoga Karma Ada Untuk Yang Menabur Fitnah” – Adik Que Haidar Bersuara

Adik Que Haidar bersuara, mohon berhenti fitnah abang.

Isu rumah tangga pelakon Que Haidar dan bekas isterinya, Linda Jasmine menjadi perhatian ramai apabila Linda Jasmine membalas komen seolah-olah memberi bayangan mengenai punca cerai mereka.

BACA: “Sebab Itu Saya Ceraikan Dia” – Linda Jasmine Beri Bayangan Punca Cerai Que Haidar

Terbaharu, seorang wanita dipercayai adik kepada Que Haidar, iaitu Dayangku Nazeera tampil bersuara mempertahankan abangnya itu.

IKLAN

“Semoga karma ada untuk yang menabur fitnah”

Menerusi perkongsian itu, Dayangku Nazeera meluahkan rasa kecewa terhadap individu yang didakwa menyebarkan perkara tidak benar.

Adik Que Haidar
Adik Que Haidar
Que Haidar

Luahan itu pantas menarik perhatian netizen yang mula mengaitkannya dengan kenyataan sebelum ini melibatkan bekas kakak iparnya.

Que Haidar

Terdahulu, bekas isteri Que Haidar, Linda Jasmine mencetuskan perhatian apabila memberi bayangan tentang punca perceraian mereka.

Menerusi satu komen, Linda menjelaskan bahawa keputusan untuk berpisah adalah demi melindungi anak-anak mereka daripada perkara yang tidak diingini. 

Que Haidar

Susulan kedua-dua kenyataan ini, netizen mula membuat pelbagai spekulasi mengenai apa yang sebenarnya berlaku di sebalik perceraian pasangan tersebut.

Namun begitu, sehingga kini tiada penjelasan terperinci diberikan oleh mana-mana pihak mengenai situasi sebenar.

Pssttt! Dalam situasi seperti ini, mudah untuk orang luar membuat spekulasi tanpa mengetahui perkara sebenar. Apa pun, sebaiknya kita berhati-hati dalam berkata-kata agar tidak menambah luka kepada mana-mana pihak. Kebenaran pasti akan muncul, cuma masa yang menentukan.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas