Oh! Tidak
Lelaki Mabuk Pandu Kereta Dipenjara 7 Hari, Denda RM10,000
Lelaki mabuk dipenjara 7 hari dan didenda RM10,000 selepas memandu di bawah pengaruh alkohol di Melaka.
Baru-baru ni, satu kes melibatkan seorang lelaki memandu dalam keadaan mabuk akhirnya terjawab di mahkamah. Kesalahan yang nampak kecil ini sebenarnya boleh mendatangkan risiko besar kepada diri sendiri dan juga orang lain.
Tertuduh akhirnya dijatuhi hukuman selepas mengaku bersalah memandu di bawah pengaruh alkohol dalam kejadian yang berlaku Februari lalu di Melaka.
Kandungan alkohol melebihi had

Tertuduh, K Haridass Nair, 45, didapati memandu dengan kandungan alkohol sebanyak 108 mg per 100 ml darah. Jumlah itu jelas melebihi had ditetapkan iaitu 50 mg. Kesalahan tersebut berlaku kira-kira jam 2.30 pagi di Jalan Parameswara pada 7 Februari 2026. Dia didakwa mengikut Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2000).
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh hari dan denda RM10,000. Jika gagal membayar denda, tertuduh boleh dipenjara selama enam bulan. Selain itu, lesen memandu tertuduh turut digantung selama dua tahun bermula dari tarikh sabitan.
Pihak pendakwa mohon hukuman berat

Timbalan Pendakwa Raya memohon hukuman berat dikenakan sebagai pengajaran kerana kesalahan memandu dalam keadaan mabuk telah menyebabkan banyak nyawa terkorban.
Kesalahan mabuk telah menyebabkan banyak nyawa terkorban.- Katanya.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan hanya bekerja kilang, namun mahkamah tetap menjatuhkan hukuman seperti diputuskan.
Pssttt! Korang, jangan ambil mudah bila melibatkan keselamatan di jalan raya. Memandu dalam keadaan mabuk bukan sahaja membahayakan diri sendiri, tapi juga orang lain. Kalau dah minum, elakkan memandu dan cari alternatif yang lebih selamat.
Kredit: Malaysiagazette
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM