Oh! Artis
“Kenapa Benda Tak Ada, Diada-Adakan?” – Abby Abadi Balas Kenyataan Isteri Pertama Aslam
Abby Abadi jawab dakwaan Umisya, persoal isu laporan polis.
Isu rumah tangga melibatkan Aslam nampaknya semakin berpanjangan apabila satu demi satu pihak tampil bersuara memberi penjelasan masing-masing.
Terbaru, ibu kepada Marissa Dania iaitu Abby Abadi pula tampil menjawab beberapa dakwaan yang dibuat oleh isteri pertama, Umisya sehingga kembali mencetuskan perhatian ramai.
Abby Abadi tak ‘back up’ anak, akui salah tetap salah

Menurut Abby, sejak awal lagi dia tidak pernah menyebelahi anaknya dalam isu ini kerana sedar kesilapan yang berlaku.
Namun apabila hubungan tersebut diteruskan hingga ke perkahwinan, Abby mengakui dia mula bersuara.
Hanya dua kali pertemuan dengan Umisya berlaku

Abby turut memperjelaskan mengenai jumlah pertemuan antara kedua-dua pihak yang sebelum ini didakwa berlaku berkali-kali.
Katanya, sepanjang pertemuan itu mereka hanya mendengar dan cuba memahami keadaan tanpa membuat sebarang provokasi.
Persoal dakwaan diminta buat laporan polis

Dalam masa sama, Abby turut mempersoalkan dakwaan kononnya ada permintaan untuk membuat laporan polis.
Tambahnya lagi, perkara tersebut tidak pernah berlaku seperti yang didakwa dan mempersoalkan kenapa isu itu tiba-tiba timbul.
Dakwa sudah jauhkan diri selepas nasihat

Menurut Abby, selepas pertemuan pertama, mereka telah memberi nasihat kepada anaknya dan menganggap perkara itu selesai.
Namun, situasi kembali tegang apabila timbul isu perkahwinan di Thailand yang mencetuskan kekecohan.
Pssttt! Bila semakin ramai tampil bersuara, jelas setiap pihak ada versi cerita masing-masing. Tapi dalam hal rumah tangga, membuka satu demi satu cerita di media sosial mungkin hanya akan memanjangkan konflik. Harap semua pihak dapat cari jalan damai tanpa terus mengeruhkan keadaan.
Kredit: Thread @abbyabadi_112
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM