Connect with us

Oh! Media

“Siang Kerja Gudang, Malam Lalamove” – Rakan Dedah Peribadi Mangsa Langgar Pemandu Mabuk

Ohmedia mabuk 1

Trending

“Siang Kerja Gudang, Malam Lalamove” – Rakan Dedah Peribadi Mangsa Langgar Pemandu Mabuk

Rakan mangsa pemandu mabuk dedah arwah seorang yang sangat baik dan kuat bekerja.

Tular di media sosial sejak semalam seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh pemandu mabuk dalam kejadian di Jalan Raya Barat, Klang.

Pemergian mangsa dikenali sebagai Amirul Hafiz Omar benar-benar meninggalkan kesan mendalam buat insan di sekelilingnya.

Rakan kongsi cerita, arwah sangat ringan tulang

Lebih menyayat hati, arwah bukan sahaja seorang rakan sekerja, tetapi dianggap seperti keluarga oleh mereka yang telah lama mengenalinya.

IKLAN
Mabuk

Rakan sekerja mangsa, Illyasa Saipuzzaman berkata arwah tidak pernah berkira tenaga, ringan tulang dan sering mempermudahkan urusan orang lain.

Mereka sudah bekerja bersama kira-kira 11 tahun dan arwah dikenali sebagai individu yang sangat membantu serta komited dalam pekerjaan.

Illyasa turut berkongsi, kali terakhir mereka bertemu hanyalah sehari sebelum kejadian, ketika meluangkan masa di taman permainan berhampiran rumah.

Dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan, semuanya seperti biasa.

Arwah Amirul merupakan ketua keluarga yang memikul tanggungjawab besar terhadap tiga orang anak yang masih kecil.

Siang kerja gudang, malam Lalamove

Dia juga membuat kerja sambilan sebagai penghantar Lalamove pada waktu malam selepas habis kerja di gudang.

Pemandu Mabuk

Menurut Illyasa lagi, arwah memang seorang yang kuat bekerja dan tidak pernah mengeluh demi memastikan keluarganya cukup keperluan.

Dia memang kuat bekerja. Siang bekerja di gudang, malam menyambung mencari pendapatan lebih untuk anak-anak. Sekarang, anak-anaknya kehilangan tempat bergantung.

Illyasa turut menegaskan agar pelaku dikenakan hukuman setimpal atas kecuaian yang mengorbankan nyawa rakannya.

Terdahulu, pemandu mabuk yang menyebabkan kematian seorang lelaki kini direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.

Pssttt! Kejadian seperti ini bukan sahaja meragut nyawa, malah menghancurkan masa depan sebuah keluarga. Diharapkan tindakan tegas diambil agar tragedi sama tidak berulang dan menjadi pengajaran kepada semua pengguna jalan raya.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas