Connect with us

Oh! Media

“Masuk Rumah Ibadat Semestinya Ada Adab” – Hannah Yeoh Jelaskan Isu Selendang Ketika Hadir Majlis Di Masjid

Ohmedia hannah Yeoh Selendang

Trending

“Masuk Rumah Ibadat Semestinya Ada Adab” – Hannah Yeoh Jelaskan Isu Selendang Ketika Hadir Majlis Di Masjid

Hannah Yeoh jelaskan sebab memakai selendang ketika hadir majlis berbuka puasa di masjid sepanjang Ramadan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menjawab isu pemakaian selendang ketika menghadiri majlis di masjid.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Hannah Yeoh dilihat berkongsi pandangannya mengenai pemakaian selendang serta adab ketika memasuki rumah ibadat, khususnya sepanjang bulan Ramadan.

Hannah Yeoh akui selesa pakai selendang

Menurut Ahli Parlimen Segambut ini, sepanjang Ramadan beliau banyak menghadiri majlis berbuka puasa yang dianjurkan di masjid dan juga surau.

IKLAN
Hannah Yeoh

Menurutnya, apabila memasuki rumah ibadat, seseorang itu sepatutnya memahami adab yang perlu dijaga.

Perkongsian tersebut dipercayai sebagai respon kepada segelintir pihak yang mempertikaikan pemakaian selendang oleh beliau ketika menghadiri majlis di rumah ibadat.

Perkongsian undang pelbagai reaksi

Hantaran itu turut menerima pelbagai reaksi daripada netizen di media sosial, dengan ada yang menyokong pandangan beliau mengenai kepentingan menjaga adab ketika berada di rumah ibadat.

Ini sekaligus menyangkal tuduhan tidak berasas terhadap Hannah Yeoh kononnya beliau hanya bermain ‘wayang’.

Pssttt! Isu adab ketika berada di rumah ibadat sebenarnya perkara yang sangat penting untuk difahami oleh semua pihak tanpa mengira latar belakang. Apa yang lebih utama adalah sikap saling menghormati serta menjaga sensitiviti tempat ibadah agar suasana harmoni dapat dikekalkan.

Kredit: Facebook Hannah Yeoh
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas