Oh! Tidak
Ridhuan Tee Persoal Reaksi Orang Politik Isu Penghinaan Agama
Ridhuan Tee persoal sikap ahli politik yang didakwa cepat respon isu agama lain berbanding penghinaan al Quran.
Pendakwah bebas, Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah tampil menyuarakan pandangan mengenai sikap segelintir ahli politik dalam menangani isu sensitiviti agama di Malaysia. Menurutnya, ada pihak yang dilihat begitu cepat memberi reaksi apabila melibatkan penghinaan terhadap agama lain.
Namun katanya, keadaan berbeza pula apabila isu penghinaan berlaku terhadap Islam termasuk memijak dan menconteng Al-Quran berlaku. Perkara itu menimbulkan persoalan mengenai pendekatan berbeza dalam menangani isu agama di negara ini.
Ridhuan Tee sindir sikap ahli politik

Ridhuan Tee secara sinis menyelar tindakan sesetengah pihak yang menurutnya begitu pantas bersuara apabila melibatkan simbol agama lain.
Amboi… bukan main laju macai ultra kiasu Melayu respons tindakan pijak simbol agama lain, soolom.- Katanya.
Menurut beliau, ada pihak yang turut menggunakan hadis dan potongan ayat Al-Quran bagi menguatkan hujah ketika mempertahankan isu berkenaan. Reaksi mereka juga didakwa lebih perlahan apabila melibatkan penghinaan terhadap Islam termasuk tindakan memijak atau menconteng al Quran.
Beliau berkata situasi ini menimbulkan tanggapan seolah wujud pendekatan berbeza dalam menangani isu sensitiviti agama.
Selalu tuduh orang tunggang agama. Habis tu, kamu tunggang apa? Tunggang kuda? Biar betul ni? Takut tak terpilih ke?- Katanya.
Insiden pijak simbol agama Hindu cetus kemarahan

Terdahulu, beberapa pemimpin DAP beragama Islam tampil memohon maaf kepada penganut Hindu di Malaysia susulan insiden memijak simbol keagamaan Hindu yang dikenali sebagai soolam atau trisula.
Antara yang bersuara ialah Ahli Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat, Sheikh Omar Ali yang menegaskan Islam merupakan agama yang membawa rahmat serta mempromosikan keharmonian dalam masyarakat.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Syahredzan Johan pula menggesa tindakan segera diambil terhadap individu yang didakwa menghina simbol suci agama Hindu itu.
Pssttt! Ohmedia harap korang semua sentiasa jaga sensitiviti agama dan hormat antara satu sama lain. Dalam negara majmuk macam Malaysia, sikap saling menghormati memang sangat penting untuk kekalkan keharmonian.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM