Connect with us

Oh! Media

Sesudu Penuh Kebaikan: Planta Raikan Ramadan Dengan Inisiatif Bermakna Untuk Komuniti

Ohmedia planta Ramadan Media Launch   Kzg 2194

Trending

Sesudu Penuh Kebaikan: Planta Raikan Ramadan Dengan Inisiatif Bermakna Untuk Komuniti

Ramadan bukan sekadar bulan menahan lapar dan dahaga, tetapi juga masa terbaik untuk berkongsi rezeki serta menyebarkan kebaikan. Tahun ini, Planta menyemarakkan semangat tersebut menerusi kempen “Sesudu Penuh Kebaikan”, satu inisiatif yang membuktikan bahawa tindakan kecil mampu membawa impak besar kepada masyarakat.

Majlis pra-Ramadan yang berlangsung di Petaling Jaya pada 5 Februari 2026 menjadi permulaan rasmi kepada kempen ini dengan mesej yang jelas, kebaikan boleh bermula daripada sesuatu yang sederhana, bahkan hanya dengan satu sesudu.

Kebaikan Bermula Dari Dapur

Planta Ramadan Media Launch   Kzg 1972

Menurut Ketua Pemasaran Asia Selatan dan Timur Jauh Flora Food Group, Inura Jayasuriya, kebaikan tidak perlu rumit.

IKLAN

“Di Planta, kami percaya bahawa kebaikan tidak semestinya rumit. Ia bermula di dapur, melalui pilihan yang kita buat setiap hari. Apabila pilihan itu dikongsi bersama, impaknya boleh tersebar luas, tidak hanya di meja makan.”

Selari dengan mesej ini, Planta turut memperkenalkan Planta Nutri-Buttery serba baharu menerusi pengalaman interaktif dikenali sebagai Planta Taste Lab Experience. Tetamu berpeluang mencuba pelbagai padanan rasa daripada sapuan klasik hingga perisa berinspirasikan cita rasa tempatan dalam satu pengalaman deria yang menyeronokkan.

Daripada Niat Kepada Tindakan

Planta Ramadan Media Launch   Kzg 1587

Kempen “Sesudu Penuh Kebaikan” diterjemahkan melalui beberapa inisiatif komuniti sepanjang Ramadan. Antaranya, bantuan kepada rumah kebajikan di mana Planta akan menyediakan bekalan produk selama setahun kepada rumah terpilih bagi menyokong keperluan memasak mereka.

Selain itu, bagi setiap Instagram Story awam yang dikongsi menggunakan templat kempen, satu hidangan akan disumbangkan kepada Food Aid Foundation, membolehkan orang ramai turut sama menyumbang hanya dengan satu perkongsian.

Planta juga memperkasa bakeri tempatan melalui kerjasama bersama FoodAid-preneurs dan pengusaha bakeri bagi menyokong penghasilan kek mentega sambil membantu menjana pendapatan komuniti setempat. Dalam masa yang sama, dengan kerjasama MySaveFood, Planta meneroka usaha pemulihan dan pengagihan semula lebihan makanan dari bazar Ramadan secara selamat kepada golongan memerlukan sebagai langkah mengurangkan pembaziran makanan.

Semua inisiatif ini mencerminkan satu matlamat utama iaitu menjadikan kebaikan sebagai amalan bersama, bukan sekadar kempen bermusim.

Turun Padang Di Bazar Ramadan

Bagi mendekati orang ramai secara lebih dekat, Planta akan berada di Bazar Ramadan Seksyen 18, Shah Alam dari 21 hingga 28 Februari 2026.

Pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti interaktif seperti Spin the Wheel, stesen sampel produk serta Photo Booth. Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan Nutri-Buttery dengan cara santai dan menyeronokkan, malah mengeratkan hubungan komuniti melalui pengalaman bersama.

Sesudu Yang Membawa Makna

Planta Ramadan Media Launch   Snl 6912

Kempen ini mengangkat mesej yang ringkas tetapi signifikan bahawa kebaikan tidak perlu besar untuk memberi kesan. Setiap rasa yang dikongsi, setiap kisah di Instagram Story dan setiap hidangan yang disumbangkan boleh menjadi permulaan kepada sesuatu yang lebih bermakna.

Kadangkala, perubahan bermula dengan hanya satu sesudu penuh. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, orang ramai boleh mengikuti Planta Malaysia di Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas