Connect with us

Oh! Media

PU Abu Menafikan Berita Dia Telah Bernikah di Thailand – Akaun Instagram Digodam

Pupng

Umum

PU Abu Menafikan Berita Dia Telah Bernikah di Thailand – Akaun Instagram Digodam

Semalam telah tersebar di media sosial yang turut dilapor sebuah portal tempatan, di mana mengatakan PU Abu telah sah bernikah di sempadan Thailand.

Walaubagaimanapun, penyebaran yang datang dari IG Story miliknya itu dinafikan oleh PU Abu dan mendakwa bahawa akaun Instagramnya telah digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab semalam.

“Story yang telah dimuat naik pada IG saya semalam adalah bukan dari saya. IG saya telah dihacked oleh ‘seseorang’. Cukuplah menabur fitnah pada saya.

IKLAN

“Pernikahan saya dan @hanaazraa adalah di bawah pengetahuan family kami berdua.Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini.Jangan cemarkan bulan yang mulia ini.Saya doakan ‘seseorang’ itu di beri petunjuk,” tulisnya.

PU Abu juga ada menyatakan dia telah selesai menjawab segala tuduhan dan menyerahkan selebihnya kepada mahkamah Allah. Berikut merupaka bukti yang menunjukkan akaunnya digodam.

Oh! Media: Harapnya perkara ini tidaklah disebarkan tanpa kita tahu kebenaran apa yang berlaku. Biarlah mereka menyelesaikan masalah pribadi mereka dan kita hanya mengambil pengajaran dari apa yang berlaku.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas