Connect with us

Oh! Media

“Terima kasih Uqasha Terima Saya Sebagai Suami” – Kamal Adli Sebak Berpisah Dengan Isteri Tercinta

Kamal Adli

Oh! Artis

“Terima kasih Uqasha Terima Saya Sebagai Suami” – Kamal Adli Sebak Berpisah Dengan Isteri Tercinta

Kamal Adli dengan nada sebak berkata dia sebenarnya tak mahu berpisah.

Tiada siapa mahukan perpisahan, apatah lagi setelah bertahun menyemai cinta. Begitulah yang dilalui Kamal Adli apabila lafaz cerai akhirnya terucap, mengakhiri ikatan perkahwinannya bersama pelakon popular, Uqasha Senrose.

BACA: Akhirnya Bercerai Talak Satu, Rumah Tangga Kamal Adli Dan Uqasha Senrose Temui Titik Noktah

Momen penuh emosi itu berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tengah hari tadi, selepas tiga tahun hidup sebagai suami isteri.

IKLAN

Kamal akur, luah kesedihan di mahkamah

Memetik laporan Harian Metro, Kamal Adli tidak dapat menahan rasa sebak ketika berkongsi perasaannya sejurus perceraian itu disahkan mahkamah.

Katanya hari ini merupakan hari paling tidak seronok di dalam hidupnya. Dia sebenarnya tidak kuat untuk menghadapi para wartawan yang berdiri di hadapannya.

Malah, dia memang tidak mahukan penceraian tetapi takdir telah berkata sebaliknya. Dalam pada itu, Kamal memohon orang ramai tidak menulis perkara tidak baik mengenai bekas isterinya.

Saya dah cuba yang terbaik, daripada awal saya cuba pertahankan. Tak ada apa saya nak berpura-pura ke apa tidak. Saya cuba tapi Allah dah kata sampai sini je. Saya tak nak sampai sini je, saya tak ada benda lain. Saya ada isteri dan anak je.

Pelakon itu turut berterima kasih kepada Uqasha kerana pernah menerima dirinya sebagai pasangan hidup, serta memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat.

Terima kasih Uqasha terima saya sebagai suami, lelaki dicintai dan bapa. Saya minta-maaf kalau ada kurang, kalau saya jadi suami tak baik. Untuk keluarga Uqasha, minta maaf sangat-sangat. Selain kepada keluarga saya dan kawan-kawan yang suruh berjuang pertahan.

Terdahulu, mahkamah menasihatkan Kamal agar melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) mengesahkan wujud unsur shiqaq atau perbalahan berpanjangan antara mereka.

Pssttt! Kadangkala, cinta yang kita pertahankan sehabis daya tetap tidak mampu melawan takdir. Semoga Kamal dan Uqasha tabah menghadapi fasa baharu dalam hidup, demi anak yang tercinta.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas