Oh! Tidak
Polis Akhirnya Berjaya Tahan Lelaki Kes Simbah Cecair
Polis tahan lelaki lepas kereta mangsa disimbah cecair merah dan tinggal surat ugutan.
Seorang lelaki ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes simbah cecair merah ke atas sebuah kereta di Taman Ria, malam tadi.
Kejadian itu berlaku sekitar jam 9.40 malam apabila mangsa menyedari keretanya disimbah cecair berwarna merah dan menemui dua helai surat ugutan di lokasi sama.
Polis Kuala Muda bertindak pantas selepas menerima laporan dan berjaya menahan suspek berusia lingkungan 30-an hanya beberapa jam kemudian.
Suspek ditahan tengah malam, dibawa ke mahkamah pagi ini

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan tangkapan dilakukan sekitar tengah malam di kawasan sekitar daerah berkenaan.
Suspek berjaya dikesan dan ditahan di sekitar daerah ini tengah malam tadi dan dibawa ke mahkamah pagi ini untuk permohonan reman.- Katanya.
Mangsa dilaporkan menemui kereta miliknya dalam keadaan disimbah cecair merah di kawasan parkir. Bersama-sama itu, terdapat dua keping surat ugutan yang dipercayai ditinggalkan oleh suspek. Kes ini menimbulkan kebimbangan kerana kejadian berlaku secara tiba-tiba dan tanpa sebab yang jelas.
Siasatan bawah dua seksyen Kanun Keseksaan

Menurut Hanyan, kes kini disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.
Siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kejadian itu. Sejak kebelakangan ini sering berlaku kes simbah cat hinggakan ada mangsa tidak pernah berhutang dengan along.- Katanya.
Pihak berkuasa turut menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes simbah cat atau cecair ke atas harta benda, terutama terhadap individu yang tiada kaitan langsung dengan sebarang hutang atau konflik.
Keadaan ini menimbulkan tanda tanya sama ada wujud unsur sabotaj atau intimidasi secara rawak terhadap orang awam.
Pssttt! Ohmedia harap korang yang alami kejadian pelik macam ni cepat-cepat buat laporan. Jangan tunggu jadi lebih teruk sebab benda macam ni boleh jejak kalau kita bertindak cepat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM