Oh! Geekz
Indonesia Sekat Sementara Akses Grok Kerana Isu Kandungan Deepfake Lucah
Indonesia sekat Grok kerana kandungan deepfake lucah dan ancaman terhadap keselamatan digital awam.
Indonesia ambil langkah drastik dengan menyekat sementara akses kepada Grok, sistem AI milik Elon Musk yang kini disepadukan dengan platform X. Tindakan ini dibuat selepas timbul kebimbangan tentang kandungan pornografi dan deepfake seksual yang dihasilkan oleh AI.
Kerajaan Indonesia memandang serius isu ini kerana ia melibatkan keselamatan awam serta pelanggaran hak asasi manusia. Kandungan palsu seperti ini dilihat sebagai ancaman besar, terutama kepada wanita dan kanak-kanak.
Platform X turut diberi amaran

Menteri Komunikasi dan Digital Indonesia, Meutya Hafid, mengesahkan sekatan ini dibuat bagi melindungi golongan rentan daripada kandungan yang tidak bermoral.
Kerajaan menganggap penghasilan ‘deepfake’ seksual tanpa kebenaran sebagai pelanggaran serius terhadap hak asasi manusia, maruah manusia serta keselamatan rakyat dalam ruang digital.- Katanya.
Selain menyekat Grok, kementerian juga mengarahkan agar platform X memberikan penjelasan segera berkenaan isu ini. Ini bagi memastikan langkah pencegahan dapat diambil dengan lebih cepat dan berkesan.
Grok dimiliki syarikat Elon Musk

Untuk yang belum tahu, Grok merupakan sistem AI generatif yang dibangunkan oleh syarikat xAI milik Elon Musk. Ia mula diperkenalkan pada tahun 2023 dan disepadukan dengan platform media sosial X, iaitu bekas Twitter.
Teknologi ini pada asalnya bertujuan membantu pengguna dengan maklumat pantas, tapi kini berdepan kontroversi besar kerana penyalahgunaan yang tidak dijangka.
Pssttt! Ohmedia setuju dengan langkah Indonesia ni sebab AI kalau disalahguna memang boleh jadi senjata berbahaya. Jadi, korang pun hati-hati bila guna teknologi canggih ni. Jangan sampai beri ruang untuk ancam keselamatan orang lain.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM