Oh! Tidak
Pekerja Dirogol Majikan Sendiri, Isteri Pula Jadi Perakam Kejadian Tak Bermoral Itu
Wanita 22 tahun di Makassar dakwa dirogol majikan, isterinya pula rakam kejadian tersebut dua kali.
Satu kejadian menyayat hati menimpa seorang wanita di Makassar, Sulawesi Selatan apabila dia mendakwa telah menjadi mangsa rogol oleh majikannya sendiri.
Memetik laporan Harian Metro, kejadian tersebut bukan sahaja dirancang, malah dirakam oleh isteri kepada suspek!
Difahamkan, mangsa bukan sahaja dipaksa mengadakan hubungan intim, tetapi turut dikurung dalam bilik oleh isteri suspek yang sepatutnya menjadi pelindung kepada sesama wanita.
Dua kali diperkosa, dua kali dirakam

Insiden dipercayai berlaku di rumah suspek di kawasan Barombong pada 1 dan 2 Januari lalu. Ketika membuat laporan polis di Polrestabes Makassar, mangsa ditemani oleh Setiausaha Yayasan Pemerhati Masalah Wanita (YPMP) Sulsel, Alita Karen, yang mendedahkan butiran mengejutkan kepada pihak media.
Mangsa dipaksa bersetubuh oleh isteri suspek dan kemudian dirakam.
Lebih memilukan, kejadian itu bukan berlaku sekali, tetapi dua kali. Rakaman pertama dilakukan secara tersembunyi dengan telefon bimbit yang disorokkan di dalam almari.
Manakala dalam kejadian kedua, rakaman dibuat secara terang-terangan oleh isteri suspek sendiri.
Ketua Jabatan Pemerkasaan Wanita dan Perlindungan Kanak-kanak (PPPA) Makassar, Ita Isdiana Anwar memaklumkan bahawa bantuan sewajarnya telah diberikan kepada mangsa dan penilaian terhadap keadaannya sedang dilakukan.
Pssttt! Tak dapat dibayangkan bagaimana seorang wanita boleh tergamak memaksa dan merakam penderitaan wanita lain demi kepuasan suami sendiri. Kejadian ini bukan sahaja menjijikkan, tetapi menunjukkan betapa pentingnya undang-undang yang tegas untuk melindungi mangsa serangan seksual, lebih-lebih lagi apabila pelaku merupakan orang yang mereka kenali.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Razaisyam Dan Aedy Dedah Realiti Kerja Dengan Bront Palarae Dalam Filem Tarung | Oh! Podcast Ep27
OH! MEDIA 08/05/2026 8:30 PM