Oh! Tidak
Wanita Bersuami Dua Sudah Dirakam Keterangan JAHEAIK
Wanita didakwa madukan suami dirakam keterangan JAHEAIK bagi bantu siasatan kes perkahwinan di Songkhla, Thailand.
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan telah mengambil keterangan seorang wanita berusia 30 tahun bagi membantu siasatan kes memadukan suami. Proses rakaman dibuat oleh Pejabat Agama Tanah Merah.
Rakaman ini bertujuan mengumpul maklumat awal berkaitan dakwaan perkahwinan kedua yang didakwa berlaku di luar negara.
Pejabat Agama Tanah Merah sudah mengambil keterangan wanita berkenaan hari ini.- Katanya.
Tindakan susulan dakwaan adik ipar

Siasatan dibuat selepas muncul dakwaan daripada seorang wanita yang dipercayai adik ipar kepada individu terbabit. Dakwaan tersebut menyentuh isu perkahwinan kedua tanpa pengetahuan keluarga.
Pihak JAHEAIK memaklumkan semua keterangan akan diteliti sebelum sebarang keputusan lanjut dibuat.
Tindakan ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan seorang wanita yang dipercayai adik iparnya. Sebaik proses itu selesai, kita akan teliti semua keterangan barulah tindakan lanjut diambil.- Katanya.
Kes dikaitkan perkahwinan di Songkhla

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita mendakwa abangnya telah dimadukan isteri sejak setahun lalu. Perkahwinan kedua itu didakwa berlaku di Songkhla, Thailand.
Wanita dikenali sebagai Ekin berkata kakak iparnya yang berasal dari Terengganu telah ditemui keluarga dengan bantuan penduduk kampung pada 6 Disember lalu. Ketika itu, individu berkenaan berada di rumah lelaki yang dikahwininya di Batu 11 Tanah Merah selepas perkahwinan dibuat pada November tahun lalu.
Pssttt! Ohmedia harap korang lebih berhati-hati dalam urusan perkahwinan, terutama yang melibatkan undang-undang dan hukum agama. Bila ada perkara yang meragukan, rujukan awal boleh elakkan masalah jadi lebih besar.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Dulu Tak Suka Dunia Hiburan, Kini David Teo Penerbit Di Sebalik Lebih 100 Filem | Oh! Podcast Ep22
OH! MEDIA 21/01/2026 6:54 PM