Connect with us

Oh! Media

Tengku Zafrul Selesai Jumpa PMX, Sedia Berkhidmat Dalam Peranan Baharu

Ohmedia tengku zafrul pmx

Oh! Negara

Tengku Zafrul Selesai Jumpa PMX, Sedia Berkhidmat Dalam Peranan Baharu

Tengku Zafrul sahkan sedia terus berkhidmat untuk kerajaan dalam apa juga kapasiti.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memaklumkan yang tempohnya sebagai Menteri MITI berakhir hari ini selepas penggal senatornya tamat. Namun beliau tetap terbuka untuk terus membantu kerajaan sementara menunggu pengumuman rasmi mengenai peranan baharunya.

Menurut laporan, Tengku Zafrul berkata perkara ini sudah dibangkitkan lebih awal dalam mesyuarat Kabinet. Beliau turut dimaklumkan bahawa mesyuarat itu merupakan yang terakhir untuknya sebagai menteri.

Perdana Menteri memaklumkan pada mesyuarat Kabinet itu adalah mesyuarat Kabinet terakhir saya dan saya rasa, Datuk Fahmi Fadzil menyatakan masih ada peranan untuk saya menyokong kerajaan.- Katanya.

Tengku Zafrul kekal sedia bantu kerajaan

Tengku Zafrul menjelaskan yang beliau telah berbincang dengan Perdana Menteri lebih awal mengenai kesediaannya untuk terus menyokong kerajaan dalam apa juga kapasiti. Buat masa ini, beliau masih menunggu keputusan dan pengumuman rasmi.

IKLAN

Saya mengakui saya sudah berbincang dengan Perdana Menteri sebelum ini dan menyatakan bersedia menyokong kerajaan dan negara dalam apa juga kapasiti.- Katanya.

Beliau turut menambah bahawa beliau sendiri tidak tahu lagi keputusan rasmi Perdana Menteri mengenai peranan seterusnya.

Dijangka diberi jawatan baharu

Sebelum ini, Perdana Menteri memaklumkan bahawa Tengku Zafrul akan dilantik ke jawatan baharu dan pengumuman akan dibuat esok. Kenyataan itu turut diperkukuh oleh Datuk Fahmi Fadzil minggu lalu yang menyebut bahawa Tengku Zafrul akan terus berkhidmat dalam kerajaan dalam kapasiti lain.

Tengku Zafrul menamatkan dua penggal perkhidmatan sebagai Senator sejak 2020, iaitu tempoh maksimum enam tahun yang dibenarkan.

Selain urusan kerajaan, Tengku Zafrul yang juga Presiden Persatuan Badminton Malaysia turut berkongsi komitmennya untuk memberi tumpuan lebih besar kepada dunia badminton negara.

Pssttt! Ohmedia harap korang terus cakna dengan perkembangan semasa macam ni. Kadang-kadang perubahan jawatan pemimpin juga beri kesan pada hala tuju negara, jadi elok kalau kita ambil tahu dan ikuti dengan minda terbuka.

Kredit: BERNAMA
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas