Oh! Artis
Aliff Syukri Diperintah Bayar RM10,000 Gara-Gara Gagal Promosi ‘Rumah Makan Terlajak Laris’
Dua rakan kongsi mendakwa Aliff Syukri gagal melaksanakan promosi walaupun telah dibayar lebih RM200,000.
Siapa sangka kontrak promosi restoran boleh berakhir di mahkamah? Itulah yang berlaku apabila usahawan kosmetik terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman, diperintahkan membayar ganti rugi nominal RM10,000.
Hukuman ganti rugi itu dikenakan selepas Mahkamah Rayuan mendapati beliau melanggar perjanjian dengan dua rakan kongsi perniagaan.
Mahkamah putuskan Aliff Syukri langgar kontrak
Kes ini membongkar bagaimana dakwaan kegagalan mempromosikan restoran ‘Rumah Makan Terlajak Laris’ akhirnya membawa pertikaian antara pihak terlibat sehingga ke peringkat rayuan.

Memetik laporan FMT, panel tiga hakim mendapati pasangan rakan kongsi perniagaan, Iylia Nurdiyana Jasny dan Syazwan Roslan, berjaya membuktikan bahawa Aliff tidak melaksanakan peranan yang dijanjikan untuk mempopularkan restoran mereka di Kota Damansara, Selangor.
Panel hakim turut memerintahkan Aliff membayar kos RM30,000 kepada kedua-dua plaintif tersebut.
Terdahulu, rakan kongsi perniagaan iaitu Iylia dan Syazwan memeterai kontrak dengan Aliff Syukri untuk mempromosikan restoran mereka menerusi media sosial.
Difahamkan, mereka telah membayar RM285,000 kepada Aliff namun kontrak tamat akibat perlanggaran syarat.
Mereka kemudian memfailkan saman di Mahkamah Sesyen pada penghujung 2018. Bagaimanapun, kedua-dua mahkamah bicara dan Mahkamah Tinggi sebelum ini menolak saman itu.
Pssttt! Kes ini tunjukkan bahawa urusan perniagaan, terutama melibatkan kontrak promosi, perlu jelas dan dipenuhi seperti yang dipersetujui. Kadang-kadang hal kecil seperti kegagalan deliver tugas boleh membawa kepada tindakan undang-undang.
Kredit: FMT
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM