Connect with us

Oh! Media

Air Tiba-Tiba Surut, 36 Pelajar Dan 4 Pensyarah UUM Di Hatyai Akhirnya Berjaya Diselamatkan!

Ohmedia hatyai

Trending

Air Tiba-Tiba Surut, 36 Pelajar Dan 4 Pensyarah UUM Di Hatyai Akhirnya Berjaya Diselamatkan!

36 pelajar dan 4 pensyarah UUM terkandas di Hatyai berjaya diselamatkan selepas air surut secara mengejut.

Situasi banjir di Hatyai, Thailand terus meresahkan apabila kira-kira 500 rakyat Malaysia masih terkandas sehingga semalam. 

Terbaru! Seramai 36 pelajar dan empat pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang sebelum ini terkandas di Hotel Wangburapa Grand, Hatyai sejak Jumaat lepas akhirnya berjaya dipindahkan.

Paras air banjir tiba-tiba surut

Ohmedia hatyai

Menurut laporan Kosmo, paras air di kawasan hotel berkenaan tiba-tiba surut, sekali gus membolehkan pasukan penyelamat membawa mereka keluar dengan selamat kata pihak UUM dalam satu perkongsian di Facebook.

IKLAN

Keajaiban berlaku. Tiba-tiba air surut di Hotel Wangburapa. Pasukan UUM termasuk Timbalan Naib Canselor, Prof. Dr. Ahmad Martadha di Hatyai pagi ini membawa pulang pelajar dan pensyarah.

Misi pulang ke Malaysia bermula

Hatyai Banjir 2

Kumpulan tersebut kemudian dibawa menaiki trak menuju ke Central Hatyai sebelum bergerak pulang ke sempadan Bukit Kayu Hitam.

Suasana yang pada awalnya mencemaskan kini bertukar lega selepas semua pihak berjaya dikeluarkan dengan selamat dan teratur.

Pssttt! Musibah boleh berlaku tanpa diduga. Bila merancang perjalanan ke luar negara, pastikan sentiasa peka dengan keadaan cuaca dan simpan nombor kecemasan, keselamatan sentiasa nombor satu.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas