Oh! Artis
Amira Othman Akhirnya Dedah Punca Sebenar Masuk Hospital
Amira Othman nafi hamil dan dedah punca sebenar dimasukkan ke hospital.
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman akhirnya tampil menjelaskan keadaan sebenar selepas timbul spekulasi kononnya dia hamil sehingga dimasukkan ke hospital.
Menurut laporan Kosmo, Amira berkata insiden tersebut sebenarnya berpunca daripada masalah bronkitis, bukan seperti yang diperkatakan netizen.
Saya masuk hospital sebab bronkitis. Waktu itu saya sukar untuk bernafas.
Spekulasi mula timbul selepas Amira tak sertai penggambaran di Korea

Amira memberitahu dia sepatutnya berangkat ke Korea Selatan bersama suaminya, Fattah Amin, bagi urusan penggambaran. Namun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan selepas doktor menasihatkan supaya tidak terbang.
Kemudian spekulasi (hamil) timbul. Apa pun itu biasalah kan… Saya harap doa yang baik-baik.
Amira juga mengakui ini bukan kali pertama dirinya berdepan pelbagai andaian sejak zaman anak dara lagi.
Kondisi kesihatan semakin baik, tapi masih batuk ringan

Dalam perkembangan terbaru, Amira bersyukur apabila keadaannya semakin pulih walaupun masih mengalami batuk ringan.
Alhamdulillah, sekarang sudah beransur sihat. Sebenarnya ini kali kedua saya berdepan serangan bronkitis. Mungkin tubuh saya agak sensitif.
Amira Othman tak ambil hati pun…

Ketika ditanya sama ada tebakan mengenai zuriat memberi tekanan, Amira menganggap itu lumrah buat pasangan baru berkahwin.
Belum kahwin orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin tanya bila nak ada anak… Saya tak ambil hati pun. Mudah-mudahan pertanyaan jadi doa.
Pssttt! Kadang-kadang soalan yang dianggap ‘biasa’ boleh bagi tekanan pada seseorang. Jadi, bertanya dengan lebih berhemah dan doakan yang baik-baik.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.