Connect with us

Oh! Media

Paras Banjir Di Hatyai Naik Semula, Warga Emas Malaysia Terkandas Dan Perlukan Ubatan

Ohmedia hatyai

Trending

Paras Banjir Di Hatyai Naik Semula, Warga Emas Malaysia Terkandas Dan Perlukan Ubatan

Banjir Hatyai naik semula! Warga emas Malaysia terkandas tanpa ubat dan elektrik.

Paras banjir di Hatyai, Thailand dilaporkan naik semula hari ini selepas sempat surut semalam. Situasi ini dipercayai berpunca daripada gelombang kedua banjir yang lebih besar.

Menurut laporan Kosmo, hujan masih tidak berhenti sejak semalam dan keadaan semakin membimbangkan dan perkara ini dikatakan sendiri Pengurus Besar Cuti Cuti Langkawi Sdn. Bhd, Dr. Baharin Baharom.

Semalam masih nampak kereta tetapi hari ini sudah ada yang tenggelam… semalam surut sekejap, hari ini air naik semula.

Warga emas Malaysia terkandas di Hatyai dan perlukan ubat segera

Hatyai Banjir

Dr. Baharin memaklumkan bahawa semua rakyat Malaysia di Hotel Paradise, termasuk kira-kira 40 warga emas dari Kelab Warga Emas Pontian, masih terkandas tanpa jalan keluar.

IKLAN

Kumpulan warga emas ini memerlukan bantuan ubat-ubatan seperti untuk masalah jantung dan darah tinggi. Saya mohon pihak konsulat dapat membawa ubat atau membantu memindahkan warga emas dari hotel ini.

Lebih memburukkan keadaan, bekalan elektrik terputus dan tiada bantuan generator disediakan. Makanan hanya diberikan pagi dan tengah hari, manakala waktu malam sudah tiada hidangan.

Tiada bantuan lagi, mangsa semakin risau

Hatyai Banjir 2

Keadaan makin sukar apabila hujan berterusan sejak semalam sehingga pagi ini, menyukarkan usaha pemindahan.

Salah seorang mangsa, Saryati Suwarno berkata beberapa ahli rombongan sudah kehabisan ubat jantung dan darah tinggi.

Saya telah menghubungi pihak konsulat dan dimaklumkan bahawa proses memindahkan rakyat Malaysia mungkin mengambil masa.

Kami warga emas bergantung kepada ubat-ubatan. Apabila elektrik dan liputan talian telefon terputus, amat sukar untuk kami berhubung dengan pihak luar.

Pssttt! Musibah boleh berlaku di mana saja. Bila melancong, pastikan bekalan ubat mencukupi dan sentiasa peka pada amaran cuaca, persediaan kecil boleh selamatkan nyawa.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas