Connect with us

Oh! Media

”Karier Sebagai Pemuzik Harus Diteruskan” – Iman Tang Tegaskan Yasin Sulaiman Wajar Diberi Peluang

Ohmedia yasin Sulaiman

Oh! Artis

”Karier Sebagai Pemuzik Harus Diteruskan” – Iman Tang Tegaskan Yasin Sulaiman Wajar Diberi Peluang

Iman Tang bakal bekerjasama dengan Yasin Sulaiman hasilkan lagu baharu. Lawatan ke Hospital Bahagia dan perkembangan kes Yasin turut dikongsi.

Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang mengumumkan bahawa beliau bakal bekerjasama dengan Yasin Sulaiman untuk sebuah projek muzik terbaharu.

Menurut laporan mStar,  Iman berkata yang mereka sudah berbincang mengenai lagu baharu yang dihasilkan sendiri oleh Yasin, namun perancangan masih di peringkat awal.

Saya tanya boleh tak nak satu lagu, tapi tak boleh cerita banyak sebab perancangan ini belum jadi. Sama-sama kita doakan agar semua urusan dipermudahkan.

“Jangan bunuh kreativiti anak seni” – Iman Tang

Iman1   1

Iman turut menegaskan bahawa meskipun undang-undang perlu dihormati, kreativiti seorang anak seni tidak wajar dipinggirkan.

IKLAN

Kalau ikut undang-undang salah tetap salah. Tapi kita jangan ‘bunuh’ kreativiti anak seni. Karier sebagai pemuzik tetap harus diteruskan.

Beliau mendedahkan bahawa selepas mendengar korus lagu tersebut, beberapa nama besar dilihat sesuai membawanya seperti Datuk M Nasir dan Ahmad Dhani.

Zizi Kirana dan Iman lawat Yasin Sulaiman di Hospital Bahagia

Yasin Sulaiman

Iman turut memaklumkan bahawa beliau bersama penyanyi Zizi Kirana sempat melawat Yasin di Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK), Perak baru-baru ini bagi memberi sokongan moral.

Alhamdulillah dia tidak disabitkan kesalahan. Dia sihat dan kami bertanya khabar. Cuma tak tahu bila dia akan dibenarkan keluar. Badan dia pun nampak berisi sekarang.

Yasin turut berkongsi bahawa banyak lagu baharu ingin dihasilkan, namun Iman menggalakkan beliau kembali membuat persembahan kerana ramai merindui kehadirannya.

Pssttt! Setiap insan berhak bangkit semula. Sokongan moral dan peluang berkarya bukan sahaja memulihkan semangat, tetapi menghidupkan kembali jiwa seni yang pernah tenggelam.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas