Connect with us

Oh! Media

Isu Lama Tular Semula, Fazura Beri Respon Dan Kekal Tenang

Ohmedia bodyguard Fazura

Oh! Artis

Isu Lama Tular Semula, Fazura Beri Respon Dan Kekal Tenang

Nama Fazura sekali lagi jadi topik panas apabila ciapan lamanya kembali tular di Threads

Dalam tangkap layar itu, individu tersebut mendakwa Fazura membuli dan berkongsi semula foto anaknya.

Walau isu itu kecoh, Fazura memilih untuk tidak menjelaskan secara terperinci tentang dakwaan tersebut.

IKLAN

“Orang nak cakap apa, cakaplah…” – Fazura kekal tenang

Fazura

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Fazura tampil memberikan respon penuh tenang dan matang. Katanya, kecaman netizen langsung tidak mengubah dirinya.

Orang nak cakap apa, cakaplah… Itu urusan mereka. Fokus kita adalah untuk mendapatkan reda Allah SWT… keluarga, anak, kerjaya dan cari duit. Sudah.

Fazura juga menegaskan bahawa apa yang orang luar cakap tidak memberi apa-apa kesan pada hidupnya.

Cakap apa-apa pasal kita, tak berguna. Yang penting kita macam ni juga.

Pesanan pedas Fazura buat netizen

Fazura

Sebagai seorang yang sudah lama dalam industri hiburan, Fazura sempat menitipkan nasihat buat mereka yang turut berdepan kecaman di luar sana.

Yang cakap-cakap tu biarkan je… Ni pesanan kakak lah, ‘siapa-siapa yang berdepan situasi yang bercakap pasal anda semua tu, abaikan.

Sebab tak ada kena mengena dekat anda semua. Tak berkudis pun.

Ramai peminat memuji cara Fazura hadapu isu tular ini, sentiasa tenang dan tetap fokus pada perkara yang lebih penting dalam hidup.

Pssttt! Kadang-kadang, bukan semua suara perlu kita dengarkan. Fokus pada hidup sendiri, sebab orang yang nak jatuhkan kita tu takkan pernah menang.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas