Connect with us

Oh! Media

“Saya Ditinggal Dalam Pantang Sampai Sekarang” – Isteri Dedah Haqiem Stopa Curang Dengan Gadis 18 Tahun

Ohmedia haqiem Stopa

Oh! Tidak

“Saya Ditinggal Dalam Pantang Sampai Sekarang” – Isteri Dedah Haqiem Stopa Curang Dengan Gadis 18 Tahun

Isteri Haqiem Stopa dedah ditinggal dalam pantang dan jumpa banyak bukti suami curang.

Tular di media sosial apabila isteri kepada pempengaruh Haqiem Stopa, tampil membuat pendedahan mengejutkan mengenai kecurangan suaminya.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Aireen, meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa suaminya kembali berlaku curang dengan seorang gadis berusia 18 tahun.

BACA: “Doakan Je Baik-Baik Untuk Aku Dan Anak” – Hantaran Terbaru Isteri Haqiem Stopa Raih Perhatian

IKLAN

Dalam hantaran yang dimuat naik, Aireen menjelaskan bahawa dia telah ditinggalkan oleh suaminya ketika masih dalam tempoh berpantang dan sejak itu banyak perkara terbongkar satu demi satu.

Isteri Haqiem Stopa dakwa ditinggal dalam pantang

Menurut Aireen dia sudah lama bersabar dengan tingkah laku suami, namun kini dia tak mampu untuk bertahan lagi.

Tambahnya, selama ini dia cuba menjaga aib suami dan berkata baik ketika ditemubual media.

View on Threads

Luahan itu segera menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang meluahkan rasa simpati terhadap nasib Aireen.

Ramai memuji kekuatan dirinya yang masih mampu bertahan walaupun berdepan pengkhianatan sewaktu tempoh berpantang, masa di mana dia sepatutnya mendapat sokongan suami sepenuhnya.

Respon Haqiem

Di Instagram, Haqiem dilihat memuat naik gambar ‘quote’ memberi ruang kepada netizen untuk melemparkan komen terhadap dirinya.

Haqiem Stopa

Pssttt! Tak mudah untuk seorang isteri hadap kecurangan ketika baru lepas melahirkan anak. Semoga Aireen terus kuat, dan semoga kisah ini jadi pengajaran buat semua bahawa kejujuran dalam hubungan itu sangat berharga.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas