Connect with us

Oh! Media

Dah Tak Kejar Glamour, Tauke Jambu Berniaga Lempeng RM1 Demi Rezeki Halal

Ohmedia tauke Jambu

Oh! Artis

Dah Tak Kejar Glamour, Tauke Jambu Berniaga Lempeng RM1 Demi Rezeki Halal

Tauke Jambu berkata idea berniaga secara ‘spontan’ selepas teringat masakan ibu.

Lama tak dengar cerita pelawak Tauke Jambu, rupa-rupanya Tauke kini sedang mengusahakan perniagaan kecil di Pasir Penambang, Kuala Selangor.

Lapor mStar, pelawak ini membuka kedai lempeng yang mana idea datang suka-suka apabila mengenangkan masakan ibunya.

Lempeng RM1 dapat sambutan

@one_carlosz

Alhamdulilah. Terima kasih kepada yang telah hadir Dan support Tauke Jambu. Anda bila lagi.. Jom gaissss.🤘😁 @taukejambu77 #lempeng

♬ original sound – one _carlosz – one _carlosz

Menurut Tauke, atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, lempeng adalah makanan nostalgia sewaktu kecil dan dia mahu menghidupkan kembali kenangan itu.

IKLAN

Tapi siapa sangka, kedainya mendapat sambutan dan dipenuhi pelanggan setiap hari.

Lempeng ini mudah je nak buat tapi sekarang orang ramai sibuk, tak sempat nak buat sendiri. Dari situ datang idea nak buka kedai. Tak sangka pula sambutan sangat luar biasa. Baru nak dekat sebulan berniaga, Alhamdulillah kedai sentiasa penuh sampai tak sempat nak rehat.

Lebih menarik lagi, Tauke meletakkan harga berpatutan iaitu RM1 untuk sebiji lempeng. Katanya, perniagaan bukan sekadar mencari keuntungan tetapi cara untuk beribadah dan membantu orang lain.

Untung ada, tapi saya tak kejar banyak pun. Cukup untuk saya teruskan hidup seadanya. Sekarang ini ramai yang terkesan dengan ekonomi. Kalau bawa RM2 pun boleh kenyang makan lempeng dekat kedai saya.

Dia juga percaya dalam setiap jualan mesti ada bahagian untuk sedekah dan sebab itu harga di kedainya kekal mampu milik agar semua orang boleh menikmati hidangan nostalgia tersebut.

Tak malu berniaga tepi jalan

Tauke

Tauke juga sama sekali tidak malu untuk berniaga tepi jalan asalkan rezeki itu halal. Tambahnya, dunia selebriti dan glamor hanya sementara je. Sebagai ketua keluarga, dia perlu mencari jalan untuk menyara anak isteri.

Kini, Tauke lebih selesa dengan kehidupan sederhana tanpa mengejar populariti. Dia mahu fokus sepenuhnya untuk menjadi seorang suami dan ayah yang bertanggungjawab.

Pssttt! Tindakan Tauke Jambu ini wajar dijadikan inspirasi. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar, keikhlasannya berniaga sambil beribadah menunjukkan bahawa rezeki boleh datang dalam pelbagai bentuk asalkan niatnya baik dan cara yang diambil itu halal.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas